Wednesday, May 27, 2009

Masa Untuk Rehat & Amal

Tanpa kita sedar minggu depan dah masuk setengah tahun 2009. Apakah yang telah kita lakukan dan sumbang sepanjang enam bulan ini kepada keluarga, masayrakat, negara dan diri sendiri? Mungkin banyak dan mungkin tak ada pun yang dapat dibanggakan.
..
Kalau kita lihat Perak, yang kalah dalam keputusan Mahkamah rayuan masih terjerit jerit lagi tak puas hati dan kononnya mewakili kehendak rakyat. PAS pulak mula merasai bahang sebagai parti yang berjaya dan bertambah kuasa. Maka ramai yang berharsat nak jadi pemimpin utama. Nasaruddin, Husam dan Mat Sabu akan berentap nak jadi orang nombor dua parti ....... bakal Presiden selepas Awang Hadi! Keputusannya nanti akan menyaksikan sama ada PAS kekal parti teras Islam atau menjadi parti yang berat kepada budaya PKR dan mesra DAP. Kalau PAS tidak dapat kekalkan terasnya maka mereka akan menjadi seperti UMNO yang alpa kepada perjuangan sebenar dan lebih kepada kepentingan diri dan kuasa.
..
UMNO pulak tengah bertungkus lumus menukar diri untuk kembali menjadi parti yang peka kepada kepentingan rakyat. Masa akan menentukan sama ada mereka berjaya untuk menawan kembali hati rakyat. Setelah lebih 50 tahun memerintah mereka mempunyai pengalaman untuk berubah dan buruk baik mereka bukanlah satu mistri bagi rakyat yang peka. Tepuk dada tanya selera.
..
Seperti ramai lagi rakyat Malaysia, saya dan isteri akan pergi menunaikan UMRAH jumaat ini, tanda shukur kami kepada kurniaan Allah kepada kami sekeluarga dan juga kesejahtraan yang di beri kepada Malaysia. Bagi mereka yang biasa ke tanah suci mereka faham kenapa Malaysia masih menjadi negara yang diberkati. Setiap masa berduyun duyun rakyat Malaysia pergi menunaikan UMRAH dan seterusnya Haji di bulan Ramadhan. Hinggakan peniaga2 di Mekah dan Madinah boleh bertutur bahasa Melayu dengan baik dan gembira bila menyambut kita. Selagi mana kita bershukur, Allah akan menambah rezeki dan kesejahtraan kita InshaAllah. Allah paling benci hambanya yang memutuskan siraturrahim.

2 comments:

The Ancient Mariner said...

Bon voyage, bro.

Selamat pergi & selamat kembali.

jaflam said...

Thanks YA, all the best for you and family for the rest of the year.