Kata kata yang keluar dari mulut Muhamad Nazri Abd Aziz semakin hari semakin memualkan. Dia bercakap seperti seorang yang tidak berpelajaran dan peka kepada situasi semasa. Saya merasa amat pelik bagaimana dia boleh bertahan sebagai seorang Menteri dengan rekod perkhidmatan yang tidak boleh dibanggakan. Kalau disektor swasta mereka yang sering melakukan kontervesi tidak berfaedah sepertinya telah lama ditamatkan perkhidmatan. Dia tidak mempunyai pendirian yang kukuh dalam sesuatu isu dan lebih kepada hendak menjadi juara kepada bos.
Bertikam lidah dengan Mahathir atas pekara Melayu racist adalah perbuatan yang agak bodoh kerana memang UMNO itu berjuang untuk Melayu. Tetapi dalam perjuangan tersebut bangsa lain tidak dijadikan korban dimana orang Cina menguasai bidang perniagaan dan orang India ramai menjadi kaya raya dan menjuarai bidang perguaman dan perubatan. Air Asia dan Maxis diterajui oleh orang India dan orang Melayu tidak pernah mempertikaikan pekara ini. Mungkin mereka mereka yang mempertikaikan keistemewaan orang Melayu seperti yang termaktub dalam perlembagaan akan hanya berpuas hati apabila Melayu itu merempat dinegeri sendiri. Tolerasi bangsa Melayu sentiasa dihimpit dan dianjak oleh mereka yang telah lupa bahawa ada istilah mengamuk dalam kamus Melayu. Dalam perkara ini cukuplah bangsa asing cuba menghancurkan kita, tapi jangan sampai segelitir Melayu itu menjadi petualang kepada bangsa dan agama sendiri.
Nazri juga nampaknya mencabar Nik Aziz supaya membawa isu royalti minyak kemahkamah. Sebagai bekas peguam dia patut sedar bahawa mahkamah itu bukan tempat terbaik untuk mendapat penyelesaian kepada sesuatu isu. Sebagai seorang menteri yang menjaga bidang perundangan dia tidak perlu mencabar sesiapa lebih lebih lagi Nik Aziz yang semestinya mempunyai pandangan yang berlainan dalam apa juga isu dengan kerajaan. Kematangan dan kawalan emosi Nazri dalam pelbagai isu gagal membawa kebaikan kepada kerajaan. Mungkin jalan terbaik untuk Nazri adalah dipencenkan dan memberi laluan kepada pemimpin lain yang lebih berwibawa.

2 comments:
betoi le kata2 nazri tu. madey pun dah iakan kata2 nazri. madey kata amno parti rasis nazri jawab madey bapak rasis. kira ngam la tu.
nazri dah tanya madey ni sapa? dia maki org ok tapi org maki dia tak boleh. bagaimanapun teman doakan madey akan sihat dan panjang umur.
Rahsia awet muda mahathir dia sentiasa berfikir dan melakukan apa yang dia fikirkan. Dia bukan semuanya betul tetapi selalu terkehadapan dalam berfikir dan pakar dalam pemikiran stretegik. Kadang kadang saya kagum dengan dia tapi ada kalanya saya meluat dengan pandangan dia. Biasalah kita manusia tidak sempurna.
Post a Comment