Wednesday, December 2, 2009

Bila Belang Mula Timbul



Nampaknya sifat berbudi bahasa dan akhlak mulia mula hilang daripada kamus ahli politik Negara ini. Yang terbaru kita dapati sudah menjadi lumrah bagi pemimpin politik daripada barisan pembangkang meneruskan sifat kasar dan bongkak mereka dalam mengutarakan sesuatu issu. Sifat kurang tolerasi dan suka memburukkan pihak lawan masih menjadi stretegi utama mereka, walaupun cara tersebut sudah mula tidak berkesan dan memakan diri. Ini kerana rakyat yang telah memberi peluang kepada mereka untuk memerintah beberapa negeri mulai membandingkan prestasi mereka dalam membangunkan ekonomi dan pasarana rakyat dengan BN. Prestasi dan pembangunan yang dibawa mereka masih kabur dan tidak boleh dibanggakan. Jika ini berterusan tidak mustahil mereka akan ditolak oleh rakyat dalam pemilihan akan datang.

Sifat meminjak gambar bekas pemimpin mereka yang beralih arah menunjukkan sifat buruk dan tiada tolerasi DAP. Mereka yang kononnya memperjuangkan demokrasi dan kesamarataan hak rakyat gagal menghormati hak mereka yang berubah pendirian daripada mereka. Sifat Nik Aziz yang sanggup mendoakan kemusnahan PM Najib kerana berlainan pandangan mengenai wang ehsan yang akan diberikan kepada Kelantan mencerminkan sifat sebenar ulama tersebut. Di Selangor MB Khalid masih lagi menyalahkan kerajaan BN walaupun telah memrintah Selangor hampir dua tahun. Yang terbaru salahkan kursus BTN kononnya membawa mudarat kepada Negara dan peserta.

Cara terbaik politik masa kini adalah mempamerkan PRESTASI dan AKHLAK yang tinggi dimata rakyat. Rakyat tidak boleh selamanya digula gulakan dengan janji manis yang tidak di tepati atau perangai cakap tidak serupa bikin. Bagi pemimpin yang masih tidak sedar dan dibuai kuasa, jangka hayat mereka tidak akan bertahan lama. Mereka akan menjadi bahan sejarah dalam pemilihan PRU 13 nanti.

No comments: