
Dalilah @ Radin Galoh happy with her book

Perlancaran oleh KP Dewan Bahasa dan Pustaka
Sahabat kita Dalilah Tamrin @ Radin Galoh selamat melancarkan buku pertamanya "Kanser Payudara Ku: Perjuangan dan Kesederan" di PWTC Kuala Lumpur hari ini. Perlancaran disempurnakan oleh Ketua Pengarah, Dewan Bahasa dan Pustaka sempena Pesta Buku Antarabangsa. Tanda sokongan bagi pihak bloggers dizahirkan dengan kehadiran Elviza, Marina Mahathir, Husna, Putri Kama, Pak Abu, Mambang Hijau, Jaflam, Ariffin dan lain2.
Sokongan dari teman Jaflam,Pak Abu, Putri Kama, Radin & Ariffin
..
Buku yang menceritakan pengalaman Radin melalui kehidupan sebagai pesakit kanser payudara ini memberi seribu panduan bagi mereka yang diduga dengan penyakit yang sama dan keinsafan bagi mereka yang masih menikamati kesempurnaan kesihatan oleh Illahi. Kekuatan dan kesabaran Radin dalam melalui dugaan Allah ini membawa seribu erti bagi saya sendiri kerana saya telah melihat keruntuhan dan ribut rumah tangga akibat penyakit ini. Rumah tangga seorang teman menjadi porak peranda dan bagaikan api panas apabila isterinya mendapat penyakit kanser payudara dan tidak dapat mengawal tekanan perasaan beliau. Suami yang dahulu menjadi teman, kekasih dan sahabat kini mejadi seteru dan hempedu dalam hidup. Apa yang dilakukan oleh suami semuanya menjadi salah dan menyakitkan mata dan hati.
Disinilah kesabaran dan perjuangan Radin membezakan sifat manusia dalam menempuh sesuatu dugaan hidup. Semoga tulisan dan coretan beliau ini mengajar kita erti kesabaran dan keshukuran.
Radin Galoh the writer
..
Pengunjung Pesta Buku .... siapa kata orang tak suka membaca
..










