Kuliah Subuh Ustaz Yahya @ Surau As Sobah 23/8/09
Khutbah Nabi @ 30 Syaaban ( catatan kuliah )
Khutbah Nabi @ 30 Syaaban ( catatan kuliah )
1. Tiga seruan Allah di bulan Ramadan
1.1 Sesiapa yang memohon doa akan diperkenankan
1.2 Sesiapa yang bertaubat akan diterima taubatnya
1.3 Sesiapa yang memohon keampunan akan diampunkan dosanya
2. Fadilat Ramadan dan Majis Ilmu
2.1 Sesiapa yang hadir dimajlis ilmu, setiap langkahnya seumpama setahun amalan. Buatlah rakaman atau catatan bila mendengar ceramah/kuliah kerana jika ilmu itu sebagai binatang buruan maka catatan itulah sebagai ikatannya supaya tidak terlepas dari ingatan.
2.2 Mereka yang selalu hadir majlis ilmu dibulan Ramadan akan berada bersama Nabi Muhammad saw dibawah bayangan aras diakhirat kelak.
2.3 Mereka yang sembahyang berjemaah disepanjang Ramadan akan mendapt kurniaan Bandar penuh dengan ilmu, umpama Madinah.
2.4 Berbakti dengan lebih kepada kedua ibu bapa dengan menziarahi mereka dan menggembirakan mereka melalui perbuatan perbuatan yang mereka sukai.
2.5 Bagi wanita yang mendapat keredaan suami akan mendapat pahala Siti Mariyam.
2.6 Bagi siapa yang menyelesaikan masallah saudaranya akan diselesaikan seluruh masallahnya.
2.7 Dalam bulan Ramadan setiap amalan sunat akan dikurniakan pahala fardu.
2.8 Amalan fardu akan di gandakan 70 kali pahalanya.
3. Bagi mereka yang tahu dan menghayati Ramadan, mereka akan berharap Ramadan kekal sepanjang tahun.
4. Semua makhluk Allah gembira dengan ketibaan Ramadan dan menangis apabila ia pergi.
5. Ramadan juga adalah bulan sabar dan ganjaran orang yang sabar adalah syurga Allah.
6. Bulan untuk membantu mereka yang dalam kesusahan dan yang memerlukan.
7. Bulan bertambahnya rezeki orang mukmin dengan mendapat rahmat, keampunan dan dilepaskan daripada azab api neraka.
8. Bagi mereka yang memberi makan kepada orang yang berpuasa maka mereka dibebaskan daripada api neraka dan mendapat pahala yang serupa dengan orang yang berpuasa tersebut.
9. Bagi orang yang berpuasa banyakkan membaca Quran, sedekah, zikir dan tasbih serta jaga segala tubuh anggota daripada melakukan larangan Allah terutama lidah.
10. Pastikan kita melakukan perkara berikut selalu :
- mengucap dua kalimah syahadah
- memohon keampunan Allah serta bertaubat
- minta dijauhi dari api neraka dan dimasukkan kedalam syurga
4 comments:
Dato Jeff,
Thank you for sharing.
Salam to you both from us.
Dear NanaDJ,
Most welcome and wish you and hubby blessful and great Ramadan.
Salaam Dato Jeff!
It was so good meeting you and Datin. We'll meet again, Insha Allah. The trip back to Malaysia was a wonderful break for me and Kak Teh. So many wonderful friends!
Thanks for this post, it's eye-opening.
Ramadhan Kareem!
Salam Wan,
Happy that you enjoyed the balik kampung trip recently. Hope you will come back more often when time permits. Your published article on Terengganu was a hit here and it will be good if you could write more about preservation of Malaysian heritage as well as morals and ethics in global perspectives.
We are truly happy to meet you and Zaharah again and hope for more encounters in the near future.
Wish you and family a blessed and rewarding Ramadan.
Post a Comment