Selamat Hari Raya Korban kepada semua rakan bloggers dan rakyat Malaysia yang beragama Islam. Sempena hari yang mulia ini mari kita lihat apakah pengorbanan kita dalam memastikan umat Islam Negara ini terutama orang Melayu bersatu tidak kira dari fahaman politik mana mereka datang.
Jangan kita biarkan mereka yang tamak kuasa menggadai agama dan bangsa untuk kepetingan diri mereka. Islam adalah untuk semua yang berikrar bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan Nabi Muhammad itu pesuruh Allah, bukan hanya untuk PAS, UMNO atau PKR. Kalau kita berada di Mekah sekarang kita akan dapati lebih dari 3 juta umat Islam dari pelbagai pelusuk dunia dengan berbagai fahaman dan budaya mengesakan Allah. Jangan kita disini menjadi sempit hati dan perasaan bertelagah sesama sendiri hingga sanggup menggadaikan masa depan anak anak kita.
Saya merasa amat sedih bila bercakap dengan sahabat yang taksub kepada sesebuah parti hingga sanggup mencerca dan mengutuk saudara Islam yang lain. Kalau dulu adalah biasa bagi pengikut PAS mencerca dan mengutuk pengikut UMNO tetapi sekarang saya dapati pengikut PAS sanggup mengutuk sesama sendiri hanya kerana berbeza pendapat dalam sesuatu issu. Ini adalah perkembangan yang amat tidak sihat dan menjadi harapan kita ianya dapat ditangani sebelum menjadi barah yang tidak dapat diubati dan seterusnya membawa bala kepada Negara.