Friday, November 6, 2009

Duit Minyak Kelantan


Bila PM Najib umum hendak beri wang ehsan minyak kepada Kelantan, Nik Aziz tak berapa hendak setuju dengan nama wang yang akan diberi itu. Tapi dia tetap bershukur dan akan puasa nazar 3 hari atas keputusan tersebut. Husam Musa jaguh exco Kelantan pun melatah tak setuju langsung dengan pemberian tersebut dan hendak saman kerajaan Persekutuan. Kononnya dia pakar perundangan dan tafsiran Najib salah, dia yang betul semua.

Alahai Husam apalah jenis pemimpin Islam kamu ini, kalau Tok Guru tahu bershukur kenapalah kamu jadi bebal dan bodoh sombong. Tidak nampak langsung perangai seorang pemimpin Islam yang berhemah daripada sikap kamu. Sepatutnya seorang pemimpin yang cerdik pandai macam kamu boleh membangunkan ekonomi Kelantan sampai tidak memerlukan bantuan kerajaan Persekutuan yang serba tidak betul itu. Janganlah ashik merengek menyalahkan semua orang sedangkan sendiri tidak dapat membuktikan kebolehan membangun Kelantan sebagai negeri yang berdikari. Pekara yang sama harus dibuat oleh Selangor dan Pulau Pinang. Buktikan kepada Najib yang kamu lebih pandai dan cerdik daripada dia dan tidak memerlukan ehsan daripadanya.

Nampaknya permainan orang politik ini lain macam, semuanya ikut kepentingan diri melebihi rakyat. Kalau dulu BN yang pakar dalam hal ini sekarang nampaknya penyakit telah menjangkiti PAS dan PR.

6 comments:

pokmat pmas said...

assalamualaikum, tuan maaf saya bukan orang yang cerdik macam tuan,orang putih pun tak reti tapi nak rasanya ada beza ehsan dgn royalti, ehsan makna mudahnya derma, makna hak orang lain yang diberikepada kita, manakala royalti pula imbuhan di atas usaha atau hasil yaqng didapati daripada penggunaan barangan kita. dlm negara kita duit ehsan diberi kepada JPP. pengunaannya lebih kepada kepada bermotif politk umno sebagaimana di terengganu, mankala royalti diberi kepada kerajaan negeri yang memerintah seperti di sabah dan sarawak, saya rasa tuan lebihmaklum dalam hal ini cukuplah tipu melayu jangan nak kaya sorang pikirlah untuk ramai... kita ni akan mati kaya manapun harta akan ditinggal juga ....

madam gold said...

Assalamualaikum Datuk,
I stumble upon ur blog thru kak teh's.Since you come from maritme background and have vast experience in this industry I am interested to enquire a few things if you dont mind.
My son is just being offered a fast trek program and he is very much interested to do marine engineering which I think comes under maritime industry.However I am sceptical abt this field and the prospect of job market(due to my limited knowledge)I cant change his decision.Can you enlighten me a bit on this industry and its specialization area.
Your help is appreciated.You can email me at Madam_gold62@yahoo.com.

jaflam said...

Salam pokmat,
Bila PM Najib umum wang ehsan utk Kelantan ia berpandukan perundangan State Water Limits, Territorial Waters, EEZ, Petroleum Development Act dan juga Overlapping Claims Areas.Dipantai timur Semenanjung hampir semua minyak dikeluarkan daripada kawasan EEZ.Najib maklumkan juga bahawa perbincangan dengan kerajaan negeri akan dilakukan bagi memastikan wang tersebut sampai kepada rakyat. Sebelum ini pun Kelantan dapat peruntukan RM 7 billion daripada kerajaan persekutuan dan tidak dibiarkan begitu sahaja. Yang dok menipu rakyat pun bukan orang lain melainkan ahli politik Kelantan daripada kedua2 parti yag tamak bolot kontrak untuk diri sendiri. Sepatutnya sesuatu pekara yang baik jangan lah di balas dengan sangka buruk dan sifat bongkak. Jangan ego dan taksub pada fahaman hingga merosakkan bangsa dan agama.

jaflam said...

m/salam MG,

Will response to your quirey through your email. tq

Anonymous said...

Dato' Jaff,
Saya setuju supaya Kelantan menerima dahulu pemberian wang ini sebagai Wang Ehsan. Tanpa campur tangan dari The First Family seperti yang berlaku di Terengganu dahulu, saya yakin ianya akan ditadbirkan oleh JPK dibawah Dato' Pa sebagai Pengerusi secara berhemat. Saya juga yakin Wang Ehsan akan bertukar nama menjadi Wang Royalti apabila BN berjaya menawan Kelantan kembali satu hari nanti (seperti juga berlaku di Trengganu). Apabila kerajaan bertukar sekali lagi nama wang Royalti akan terus dikekalkan. Rakyat Kelantan suka menukar kerajaan mereka setiap 20 tahun kecuali pada tahun 2008 kerana parti alternatif tidak dapat diterima oleh rakyat atas sebab2 yang semua orang sudah maklum.
Pak Zawi.

jaflam said...

Salam Pak Zawi,
Saya setuju dengan pandangan tuan, yang penting rakyat menerima kebaikan daripada wang tersebut. Tok Pa saya lihat adalah seorang pemimpin yang boleh dipercayai dan berhemah.