Wednesday, December 16, 2009

Kahwin Campur & 1 Malaysia


Aain & Dato Arif ( Sdr Baru )

Baru baru ini saya menghadiri majlis perkahwinan seorang kakitangan Capt. Paul Aeria dan Pn June Low di Hotel Renaissance Kuala Lumpur. Paul berketurunan Protugis Campuran ( Vasco Da Gama ) manakala June berbangasa Cina ( keturunan Cheng Ho ) tetapi kedua dua mereka adalah rakyat Malaysia yang senang dan bahagia hidup di Malaysia. Jawatan yang baik dan kehidupan yang mewah membuat mereka hampir lupa hendak berkahwin dan keputusan menamatkan zaman bujang pada umur melebihi 40 tahun membahagiakan kedua dua keluarga June dan Paul.

Majlis perkahwinan mereka amat indah dan menarik kerana menggambarkan satu Malaysia, dimana para jemputan terdiri daripada pelbagai bangsa bersama meraikan pengantin, menjamu selera dengan penuh muhibbah. Tiada prasangka dan masallah perkauman langsung seperti yang selalu diwarwarkan oleh pemimpin politik. Hakikatnya selama ini kita hidup aman damai dan akan kekal begitu jika tidak di racuni dengan unsur2 perkauman yang segaja diperbesarkan. Dalam ucapan bapa pengantin prempuan, Dr Low mengucapkan terima kasih kepada semua yang hadir dan ahli keluarga yang berkerja keras menjayakan majlis. Ucapan terima kasih khusus kepada dua rakan karib beliau ia itu Dr. Awang yang banyak membantu dan menasihatkan beliau supaya membuka perusahaan sendiri setelah berkhidmat di hospital kerajaan. Dr. Samy yang bukan sahaja rakan karib tetapi yang telah membuat pembedahan terhadap kanser yang beliau hadapi sepuluh tahun dahulu. Persahabatan mereka bertiga yang amat akrab walaupun berbeza bangsa adalah satu contoh semagat satu Malaysia yang telah lama dipraktikkan dalam Negara ini dan boleh dilihat dimana mana. Semasa Malaysia menang melawan Laos semua rakyat Malaysia bersorak gembira tanpa memikirkan langsung tentang perkauman.

Saya juga adalah hasil daripada kahwin campur Melayu dan Cina dan langsung tidak mempunyai masallah berinteraksi dengan saudara saudara Cina saya yang amat memahami adat resam orang Melayu dan Islam. Kami menghormati antara satu sama lain dan menjadi penyumbang kepada pembangunan bangsa Malaysaia yang satu. Ramai kawan kawan India saya yang berkahwin dengan wanita Cina dan yang terbaru adik ipar Mawi ( Aain ) pun berkahwin dengan lelaki Cina yang menganut agama Islam ( Dato" Arif ). Walaupun perkahwinan campur memerlukan kesabaran, pengorbanan dan semangat tolak ansur yang tinggi, tetapi ia adalah satu phenomena yang tidak dapat dielakkan dalam suasana masyarakat majmuk di Malaysia, bahkan ia menyumbang kepada keharmonian Negara.

Semoga rakyat Malaysia terus saling hormat menghormati diantara satu sama lain berlunaskan kepada perundangan dan perlembagaan yang telah ditetapkan. Jika ini diteruskan kita akan terus hidup rukun damai membangun Negara yang tercinta.

2 comments:

Anonymous said...

maaf ya, tapi saya nak terbelahak bila baca pengantin perempuan keturunanan chang ho, sebab sebagaimana kita semua tahu, cheng ho tu sida-sida (eunuch). walaubagaimanapun, tahniah kepada pengantin.

jasmani, singapura

jaflam said...

Slm Jasmani,
Itulah yg diberitahu oleh bapa pengantin perempuan... btul kot