Saturday, April 3, 2010

PM NAJIB..... Setahun yang POSITIF


Nampaknya ramalan saya setahun lalu mengenai Najib sebgai PM yang akan berjaya tidak jauh meleset. Dia telah membuktikan bahawa dia mempunyai kepakaran, pengalaman, kekuatan dan keperihatinan untuk menjadi pemimpin yang berjaya.

Walaupun semasa dilantik menghadapi dugaan yang besar dari segi kemelesetan ekonomi, politik UMNO dan BN yang merudum dan tindak tanduk pembangkang yang menyerang dari pelbagai sudut tanpa batas dan etika. Dia membuktikan yang dalam permasalahan ada hikmah jika kita tidak berputus asa dan terus berusaha dengan ikhlas dan kebijaksanaan.

Keputusannya prestasinya meningkat dari 44% kepada 68% ( Merdeka Centre Survey), pakej stimulasi kerajaan berjaya membawa Negara keluar dari kemelesetan ekonomi, 1 Malaysia lebih diterima rakyat, kerajaan lebih dekat dan prihatin kepada keperluan rakyat. Sifat Najib yang tidak mengambil berat kepada tomahan dan perkara remeh temeh yang dibangkitkan oleh pihak pembangkang sebaliknya fokus kepada matlamat membangun Negara dan menjaga kebajikan rakyat mendapat sambutan yang baik. Stretegi jangka pendek dan panjang yang sedang dirancang dan dilaksanakan telah membawa impak yang positif kepada rakyat dan Negara. Maka tidak hiranlah dia mendapat sokongan 74% dari kaum Melayu, 77% dari kaum India dan 50% dari kaum Cina. Nampaknya seperti biasa kaum Cina masih bermain politik walaupun jelas mereka adalah kaum yang paling banyak meraih keuntungan daripada ekonomi dan pembangunan Negara.

Najib juga berjaya mengubah minda pemimpin UMNO melalui tindakannya turun padang berjumpa rakyat dan pemimpin akar umbi secara terus dan informal. Saya diberitahu rakan wakil rakyat baru baru ini semua wakil rakyat dimestikan menghadiri kursus wajib bagi meningkatkan prestasi perkhidmatan kepada rakyat dan memenuhi KRA yang ditetapkan kepada mereka. Mereka beramai ramai naik bas untuk jamuan di Sri Perdana dan tidak dibenarkan ponteng kursus. Betulah cara ini, bukan rakyat sahaja perlu dididik tetapi pemimpin juga perlu dididik setiap masa supaya releven kepada rakyat. Mereka perlu berubah jika mahu terus diterima oleh rakyat dan sebagai CEO Malaysia Najib menjadi lambang dan teladan yang terbaik untuk mencapai perubahan ini. Namun perubahan minda adalah pekara yang paling sukar bagi Najib laksanakan bukan sahaja kepada pemimpin parti tetapi kepada rakyat biasa dan gulungan terpelajar. Walaupun banyak tindakan yang dibuat oleh Najib nampak ” common sense” dari segi kebaikannya tetapi ia tidak mudah diterap dan diterima oleh gulungan intelek sendiri termasuk mereka yang berstatus professor.

Walaupun kejayaan setahun ini satu perkembangan positif bagi Najib tetapi yang lebih penting dia perlu terus berusha dengan gigih untuk mencapai matlamat Model Ekonomi Baru menjelang 2020. Sepuluh tahun bukanlah lama dan kerajaan harus berkerja keras menjayakan matlamat murni ini supaya pada 2010 kita menjadi Negara maju dengan pendapatan tinggi. Kejayaan penuh Najib akan diukur melalui pencapaian matlamat ini. Sebagai rakyat biasa yang cintakan keamanan dan mengharapkan kejayaan Malaysia saya mendoakan kejayaan kepada PM Najib dan barisan pimpinannya.

Bagi pihak pembangkang dan mereka yang masih tidak yakin kepada keupayaan PM Najib dan Malaysia, jadilah pembangkang yang baik. Janganlah bertindak mengikut nafsu dan emosi tanpa memikirkan kebajikan Negara dan rakyat. Hentikan sifat sebagai penjana fitnah dan berperangai seperti samseng jalanan terutama semasa didalam dewan. Perbuatan mereka yang tidak rasional tersebut akan membuat lebih ramai rakyat beralih arah kepada BN. Ini dapat dilihat dari keputusan survey yang dijalankan oleh Merdeka Centre. Untuk terus releven Anwar dan kumpulan Pakatan Rakyat tidak mempunyai bayak pilihan melainkan berubah kepada politik yang lebih bersih dan telus. Tindakan Nik Aziz menghalalkan sikap buruk wakil rakyat PR di persidangan Dewan Negeri Perak baru baru ini mungkin boleh diterima oleh pengikut fanatik pembangkang, tapi yang jelas majoriti rakyat sudah mula bosan dengan sandiwara tersebut.

2 comments:

zakwan said...

Bagi pihak pembangkang dan mereka yang masih tidak yakin kepada keupayaan PM Najib dan Malaysia, jadilah pembangkang yang baik

Of course PR is becoming a good opposition
The government has been lowering fuel prices in stages ever since that drastic increase back in June 08 to one upped the opposition
Najib called off GST
PR's Malaysian Economic Agenda concocted by Anwar assisted Najib in creating the NEM in a big way(Najib kinda plagiarize it)

Janganlah bertindak mengikut nafsu dan emosi tanpa memikirkan kebajikan Negara dan rakyat. Hentikan sifat sebagai penjana fitnah dan berperangai seperti samseng jalanan terutama semasa didalam dewan.

Funny
That's how I describe BN
Most of the antics in the Dewan Rakyat is perpetrated by UMNO/BN
Who dragged out a speaker from the assembly hall?
Surely, it wasn't Pandikar Amin, Ronald Kiandee or Wan Junaidi
They refuse to provide oil royalty 2 the Kelantanese just because it's under PAS rule but provide royalty to BN ruled Terengganu

Penjana fitnah?
Who the hell concocted Sodomy II to kill off Anwar's political career?
Don't start me with Saiful al Liwati since he met Najib before lodging a police report
Hell, even Najib admitted it
If I were Najib, I wouldn't refuse the boys' help considering that he has some dirt on my political nemesis

Until Sodomy 2 farce is not dropped and Najib refusing to testify in court to deny his involvement with a certain Mongolian woman,he is not credibel in my eyes

jaflam said...

Najib telah maklumkan dalam polisinya rakyat didahulukan maka apabila rakyat memberi pandangan negetif mengenai kenaikan harga minyak dan GST, Najib bertindak tidak naikkan harga minyak dan mengkaji lebih mendalam pelaksanaan GST ( ditangguhkan ). Itu namanya kerajaan prihatin kepada rakyat dan juga saranan pembangkang. Pekara baik macam ni pembangkang lebihkanlah. Tentang MEB janganlah buat saya ketawa yang kata Najib tiru Anwar kerana Anwar tu bukanlah pandai sangat hingga ideanya hendak diciplak. Kalau ikut cara Anwar telah lama negara ini tergadai, pada zaman Mahathir dan juga masa kini. Bukankah Anwar yang melaungkan kononnya Najib gunakan idea Isreal dalam 1 Malaysia. Kalau setakat 1 Malaysia dan MEB cerdik pandai Malaysia mampu lahirkan dan laksanakan tanpa idea dari luar. Ini telah Najib buktikan, jadi tak payahlah hendak ashik mencuri nama atas usaha orang lain. Laksanakan usaha yang tulin di Selangor, Penang dan Kelantan dengan memacu kemajuan ekonomi tanpa bergantung harap kepada Kerajaan Persekutuan dan jangan menyalahkan orang lain bila tidak berupaya membangun negeri.

Kalau tidak berpuas hati dengan pendirian Kerajaan Persekutuan tentang isu Oil Royalty bawalah kepada Mahakamah, tidak payahlah menggunakan Tengku Razaligh menjaja kesana sini kononnya Kerajaan tidak adil. Masa jadi Menteri dulu Tg Razaligh tidak teringat pulak hendak berlaku adil dalam isu ini. Sekarang bila sudah tidak berkuasa dan terpinggir barulah datang keinsafan kononnya hendak membela Kelantan.

Yang membunuh karier politik Anwar adalah dirinya sendiri bukan Najib dan bukan Mahathir. Yang mendedahkan keburukan dan fitnah janaan Anwar bukan dari UMNO tetapi dari bekas penyokong kuat Anwar seperti Zahrain, Zulkefli Nordin, Jamaluddin dan ramai lagi. Yang jelas Anwar tidak pernah insaf atas kesalahannya dan terus dengan cara hidup yang kelabu. Kalau betul dia tidak bersalah buktikanlah dalam Mahkamah dengan barisan peguam handalan beliau. Janganlah bila Mahkamah membuat keputusan menyelebahinya memuji hakim melangit tetapi bila sebaliknya, semua orang tidak adil, hakim tak adil, kerajaan tak adil dan rakyat pun tak adil.

Kalau nak cerita pasal Anwar ni sampai bila pun tak habis dan ini bukan bererti Najib dan BN itu sempurna, tetapi dalam keadaan semasa ini mereka nampak mahu berubah dan lebih baik dari PR.