Sunday, March 28, 2010

Hulu Selangor... Nak jaga hati MIC atau Pengundi



Nampaknya Hulu Selangor akan menjadi sibuk dan tumpuan ahli politik dalam masa terdekat ini. Katanya dah bermula kempen dengan Anwar Ibrahim memulakan ceremah dan seperti biasa menghentam BN dan meniupkan teori konpirasi yang kononnya cuba memusnahkan dirinya. Samada stetegi tersebut akan Berjaya kali ini, sama samalah kita lihat. Tetapi yang jelas keadaan sudah berubah daripada situasi politik 2008. PKR harus membuktikan yang mereka telah melakukan yang terbaik di Hulu Selangor sejak dua tahun yang lalu. Ini hendaklah dibuktikan melalui perubahan dan pembangunan yang telah mereka lakukan untuk rakyat serta mempamirkan janji janji pilihan raya 2008 yang telah mereka lunaskan. Kalau masih ada yang belum dipenuhi berikan alasan yang munasabah. Kalau pengundi berpuas hati dengan prestasi mereka PKR mempunyai peluang yang cerah untuk kekalkan kerusi Hulu Selangor.

Memandangkan perbezaan undi antara BN dan PKR amat tipis di PRU12, maka BN pun mempunyai peluang yang cerah untuk merampas kembali Hulu Selangor. Ini bergantung kepada siapakah yang akan dikemukan BN untuk bertanding nanti. Adakah BN perlu tertakluk kepada pendekatan lama meletakkan calun daripada MIC atau melihat kembali apa yang dimahukan oleh pengundi. Keadaan politik telah jauh berubah dan pengundi menjadi kuasa sebenar bukan lagi parti politik. Rakyat telah membuktikan bahawa bagi mereka yang alpa kepada kemahuan dan aspirasi mereka akan menerima padah. BN perlu bersikap terbuka dan harus bertindak selaras dengan konsep yang dilaungkan “ Rakyat didahulukan dan Pencapaian diutamakan”. Soal menjaga hati mereka yang tidak dapat membawa kemenangan perlu dihentikan. Kemukakan pemimpin yang disenangi rakyat disamping mempunyai sifat berkhidamt untuk rakyat dan parti dengan ikhlas. Atur stretegi yang membawa kepada kemenangan dengan bertindak secara tepat dan pro aktif.

Selamat berkempen dan berjuang kepada BN dan PR . Kepada pengundi jalankan kuasa dan tanggung jawab dengan kebijaksanaan. Jangan biarkan diri digula gulakan atau terleka dengan janji palsu atau fitnah fitnah yang kini menjadi kelaziman bagi penceramah penceramah politik. Bagi pengundi Melayu dan Islam pastikan undi anda dapat menyumbang kepada kelangsungan agenda agama, bangsa dan Negara.

2 comments:

paparem said...

Dalam soal pemilihan calon , BN rasa tertekan.Kerusi MP Hulu Selangor adalah di untukan pada MIC. Pengundi mahukan calon Melayu. Tapi ini adalah peluang MIC untuk meletakan tokoh utama mereka dalam parlimen.

Pengundi sekarang fikiran mereka sukar dibaca kecuali yang " hardcore parti". Berbagai keputusan bolih berlaku. Kemungkinan ada menonjol calon bebas.

Bagaimana pun Hulu Selangor penduduknya ada pengalaman di perintah olih dua kerajaan berbeza ia itu negeri dan pusat.

tetapi malang pemimpin BN masih dengan suara kerajaan PEMBANGKANG. Mana ada dalam dunia kerajaan pembangkang ?????

Harap jangan jadikan pengundi meluat dengan ungkapan begini nanti membawa padah pada diri sendiri.

Basuh Baju said...

kena jaga hati generasi muda juga. kalau letak calon UMNO yg tu2 macam Mat Taib tak guna jgk..hehe