Monday, March 15, 2010

Kuasa Ketiga.... Wakil Bebas



Ibrahim Ali.... Wakil Rakyat Bebas

Sidang Parlimen bermula semula dengan kemunculan kuasa ketiga, ia itu sekumpulan 8 Wakil Rakyat bebas. Kalau mengikut percaturan dan kenyataan yang dikeluarkan bekas pemimpin PKR, jumlah ini akan meningkat kepada 18 orang dalam masa terdekat dan kalau virus ini tidak dapat dibendung oleh Pakatan Rakyat ia akan terus bertambah. Ini semua bergantung kepada apa yang akan dilakukan oleh wakil rakyat bebas dalam menambah nilai perjuangan kepada kepentingan rakyat sebenar. Mereka hendaklah memastikan bahawa mereka lebih baik daripada wakil rakyat pembangkng dan juga pemerintah. Kedudukan istemewa mereka hendaklah digunakan sepenuhnya bagi memastikan sebarang perbuatan atau tindakan yang merugikan rakyat dan Negara ditentang sepenuhnya.

Kalau kuasa ketiga ini pandai memainkan peranan, mereka akan menjadi “the King Maker” dalam percaturan politik Malaysia. Mungkin Malaysia akan menjadi sistem tiga parti selepas ini. Mereka hendaklah memastikan tomahan yang kononya mereka tidak lebih daripada katak adalah meleset sama sekali dan memastikan tomahan tersebut melompat masuk kedalam mulut pengumpat tersebut. Mereka mempunyai segala alasan bagi memastikan mereka yang meludah mengatakan mereka sampah dalam parti terpaksa menjilat ludah sendiri. Kalau Ibrahim Ali boleh mengumpulkan lebih daripada 80 NGOs dalam memperjuangkan kepentingan Melayu maka untuk menyatukan 8 wakil rakyat bebas tidaklah susah sangat.

Sekarang rakyat telah mempunyai lebih dari dua pilihan dalam memastikan kepentingan mereka sentiasa dijaga. Diharap perkembangan ini mengukuhkan lagi kebebasan memilih di PRU 13.

No comments: