Friday, March 19, 2010

ANWAR..... PELIK TAPI BENAR



Bila bekas pemimpin PKR Zahrain membuat pendedahan tentang angan angan Anwar hendak menjadi PM dengan memujuk wakil rakyat BN lompat parti Anwar panas punggung keluar dewan dan terus keluar negeri. Nampaknya menjaja dan memburukkan Malaysia adalah lebih penting daripada mempertahankan diri didalam Dewan. Sebagai ketua pembangkang dan jaguh pidato Anwar sepatutnya menyangkal dan mempertahankan diri sendiri daripada mengharapkan Gobla dan Saifudin untuk menjadi pendindingnya. Mungkin apa yang didedahkan oleh Zahrain adalah kebenaran sebab itulah dia tidak sanggup mendengar, jauh untuk menyangkal tuduhan tersebut. Sebenarnya apa yang didedahkan oleh Zahrain bukanlah berita baru bahkan hampir semuanya telah tersebar dialam siber dulu dan hajat hendak rampas kuasa Anwar melalui lompat parti keluar dari mulutnya sendiri.
.
Nampaknya sokongan terhadap Anwar akan semakin merudum dimata rakyat dan juga ahli politik. Jika trend keluar parti dikalangan wakil rakyat berterusan tidak mustahil Pakatan Rakyat akan terkubur sebelum ajalnya. Kenapa ini harus terjadi apabila mereka mempunyai peluang yang besar untuk membuktikan kepada rakyat bahawa mereka membuat pilihan yang tepat pada PRU 12. Tindakan Anwar menagih sokongan daripada pemimpin barat seperti Australia, Britain dan US dengan memburukkan Kerajaan Malaysia akhirnya akan memakan diri sendiri. Anwar tidak akan berjaya memperlekehkan minda rakyat Malaysia melalui sokongan segelitir pemimpin barat. Sejak bila negara barat tersebuat kasih dan cinta pada Malaysia dan kejayaan yang telah kita capai sejak merdeka. Mereka sebenarnya akan hanya berpuas hati apabila Malaysia menjadi negara yang gagal dalam ekonomi dan perpaduan rakyat.
.
Kalau kita lihat dengan teliti tingkah laku Anwar, memanglah nampak pelik sangat tetapi malangnya ianya adalah benar. Malangnya masih ramai yang terus terpengaruh dengan manusia ini kerana taksub dengan kononnya kebencian kepada UMNO. Sayangnya kebencian tersebut telah membuat UMNO semakin diterima semula oleh rakyat dan meracuni Pakatan Rakyat.

No comments: