Tuesday, March 2, 2010

Runtuhnya Kota Anwar.... PKR???



Nampaknya jangka hayat PKR dan Anwar semakin hampir apabila seorang demi seorang wakil rakyat dan pemimpin mereka mulai meninggalkan parti tersebut. Yang terbaru Nibung Tebal MP, Tan Tee Beng dan Firus bekas Timbalan Ketua Menteri 1, Penang. Sebenarnya bukan sahaja ahli PKR yang mula resah dan lompat kapal, tetapi rakyat pun dah mula jemu sifat pemimpin PKR yang asyik menyalahkan orang lain apabila menghadapi masalah dan rakus setelah diberi kuasa. Memang mudah menabur janji tetapi untuk memenuhinya teramatlah susah dan perit.

Anwar yang mula sedar bahawa majoriti rakyat Malaysia tidak lagi bersimpati dengannya mulai beralih arah menagih sokongan daripada pemimpin barat dan Arab. Macam macamlah diburukkan negara sendiri untuk mendapat simpati dan sokongan luar. Hakikatnya mereka yang kononnya menyokong Anwar tidak pernah kisah tentang Malaysia dan akan bersorak gembira jika negara kita ini musnah dan huru hara seperti yang mereka lakukan di Iraq dan Afghanistan. Kalau Malaysia jadi macam Palestine lagi baik, mereka akan bersorak kononnya demokrasi telah tercapai. Nampaknya rakyat Malaysia lebih cerdik dan cintakan agama, bangsa dan negara daripada mereka.

Strategi PM Najib yang fokus kepada memperbaiki UMNO dan memenuhi keperluan rakyat nampaknya semakin berkesan. Rakyat mulai mempercayai bahawa dia akan membawa lebih kebaikan daripada keburukan kepada negara ini. Perbuatan akan sentiasa mengatasi angan angan dan janji palsu. Walaupun berbagai cara akan digunakan Anwar untuk memburukkan Najib dan isteri tetapi akhirnya kebaikan akan senantiasa mengatasi hasrat dengki dan keburukan. Sifat Anwar yang tidak insaf dan rakus ingin berkuasa dengan apa cara sekali pun akhirnya memakan diri sendiri. Karismanya dah mula pudar dan pidatonya dah mulai menjadi lawak hambar. Marilah kita perhatikan runtuhnya kota pasir Anwar Ibrahim dan kebangkitan semula perpaduan Melayu dan rakyat Malaysia.

No comments: