Saturday, March 20, 2010

KEMELUT ISTANA KELANTAN



Kemelut Istana Kelantan makin menjadi apabila dua pihak yang nampak tidak sehaluan mengeluarkan kenyataan yang bercanggah mengenai sambutan hari keputeraan Sultan Kelantan. Satu pihak mengatakan Sultan Kelantan tidak bersetuju mengadakan majlis penganugerahan pingat kebesaran negeri Kelantan manakala yang satu lagi berkata belum ada keputusan oleh Pemangku Sultan Kelantan.

Hiran juga mengapa Pemangku Sultan Kelantan tidak dapat menyelesaikan masallah ini dengan bapanya, Sultan Kelantan yang telah pun pulang ke Kota Baharu. Memandangkan Sultan Kelantan masih hidup maka Pemangku Sultan seharusnya merujuk kepada Tuanku dalam situasi yang makin bercelaru ini. Pekara yang keluar daripada Istana Kelantan kebelakangan ini banyak memburukkan nama baik Istana Kelantan. Janganlah hendaknya mereka terpengaruh dengan pihak yang segaja melagakan kedua anak beranak ini demi gilakan kuasa dan pengaruh. Mereka harus sedar bahawa rakyat melihat perkembangan kemelut ini dengan serius dan mungkin pada satu tahap akan hilang hormat kepada institusi di Raja Kelantan.
.
Semoga Allah memberi keinsafahan dan kebijaksanaan kepada Sultan Kelantan dan Pemangku Sultan Kelantan untuk menyelesaikan perbezaan diantara mereka dengan berhemah.

1 comment:

Pak Zawi said...

Dato',
Al Sultan masih gering. Beliau tidak dapat membuat sebarang perbincangan dan keputusan. Ada pihak yang hilang kepentingan bila Tengku Mahkota memangku jawatan Sultan.
Tengku Mahkota adalah seorang yang kuat ugama dan Kelantan perlu orang sedemikian.