Wednesday, December 12, 2012
Ramuan2 Kejayaan 21@12.12.12
Persaingan dalam perniagaan adalah biasa dan jadikan ia sebagai dorongan untuk terus berdaya maju dan terkedepan dalam perkhidmatan dan produk.....
Ini akan hanya boleh berlaku jika kita merancang dan berfikir untuk menambah baik perkhidmatan. Jangan risau jika orang ciplak idea atau produk kita...kerana yg tiruan tidak akan sama dengan yg original! Bak kata pengasas Upin & Ipin, saya tak risau orang cetak rompak barangan kami kerana itu menunjukkan dan meningkatkan popularity jenama kami! Yang penting kami sentiasa innovatif dan terkedepan dalam bersaing.....
Semoga perancangan masa depan anda secantik tarikh 12.12.12.
Friday, December 7, 2012
Jumaat 2 Jumaat
Dan (ingatlah) ketika Nabi Musa memohon supaya diberi air untuk kaumnya, maka Kami berfirman: "Pukullah batu itu dengan tongkat mu," (lalu dia pun melakukannya), maka terpancarlah daripada batu itu dua belas mata air. Sesungguhnya setiap satu puak (dikalangan mereka) telah mengetahui tempat minumnya masing2. (Lalu kami berfirman): "Makan dan minumlah kamu dari rezeki Allah itu, serta janganlah kamu bertebaran di muka bumi dengan melakukan kerosakan.".
Surah Al Baqarah Ayt 60.
.
Tuhan memberi rezeki kpd hambanya yg meminta dan tidak meminta. Janganlah melakukan kerosakan sesama manusia dan kepada dunia setelah diberi nikmat hidup dan rezeki.
Thursday, December 6, 2012
Ramuan2 Kejayaan 20
JUTAWAN BERKERJA dan JUTAWAN BERNIAGA???
Hakikatnya orang makan gaji dan berniaga, dua2 boleh jadi JUTAWAN? Asalkan kita sanggup berusaha dengan Kuat dan Bijak! Sanggup belajar daripada mereka yg Berjaya! Tidak ada jalan singkat untuk berjaya dan menjadi Jutawan sejati, kita perlu merancang dan laksanakannya dengan baik dan bijak...setiap orang mempunyai kekuatan dan kelemahan yg tersendiri. Gunakan Kekuatan dan baiki Kelemahan untuk mencapai jadi Jutawan!
Mulakan dengan Pelan 2013 anda kearah menjadi Jutawan pada 2020! Jika perlukan nasihat dan panduan percuma email saja pada saya, akan dibantu seikhlas mungkin sebagai berkongsi pengalaman yg telah saya dan kawan2 lalui.
Berhati2 kerana ramai yg akan mengambil kesempatan terhadap anda yg ingin berjaya.... tidak ada jalan pintas! Beware of the many Foxes that luv to eat your fruits of labour.
Saturday, December 1, 2012
Al Quran: Surah Al Nas
Katakan (wahai Muhammad):"Aku berlindung kepada (Allah) Pemelihara sekalian manusia. Yang Menguasai sekalian manusia. Tuhan yg berhak disembah oleh sekalian manusia. Daripada kejahatan (bisikan) syaitan yg biasa bersembunyi. Yang melemparkan bisikan dan hasutannya kedalam hati manusia. (Iaitu pembisik dan penghasut) daripada kalangan jin dan manusia. Surah Al Nas (Manusia) Ayt. 1-6.
.......
Ya Allah, ya Tuhan kami! Janganlah engkau biarkan kami sebarang dosa melainkan Engkau mengampunkannya, tiada sebarang kebuntuan melainkan Engkau lapangkannya, tiada juga hutang piutang melainkan Engkau (berikan jalan untuk) menyelesaikannya dan tidak juga sebarang hajat dunia mahupun akhirat melainkan Engkau menyempurnakannya, wahai Tuhan Yang Maha Penyayang antara yg penyayang. Amin.
Friday, November 30, 2012
Jumaat 2 Jumaat
Wahai manusia! Sesungguhnya engkau telah berpenat lelah (beramal) untuk menuju Tuhanmu, maka pasti kamu akan menemuinya.
..
Maka sesiapa yg diberi buku catatan amalannya disebelah tangan kanannya. Maka ia akan dihisab dengan cara yg mudah dan ringan; Dan dia akan kembali kpd kaum keluarganya (yg beriman di dalam syurga) dengan sukacita.
..
Dan sesiapa yg diberi buku catatan amalannya dari sebelah belakangnya. Maka dia akan meraung menyebut yebut kebinasaannya (Binasalah aku). Dan dia akan menderita dgn pembakaran api neraka yg marak menjulang. Sesungguhnya dia semasa di dunia dahulu bergembira dikalangan kaum keluarganya (yg juga kufur ingkar).
Surah Al Inshiqaq Ayt 6-13.
Saturday, November 24, 2012
Ramuan2 Kejayaan 18
Hakikatnya dalam perniagaan tetap ada persaingan. Ada persaingan yg sihat dan ada yg Jahat - yg menggunakkan taktik kotor seperti menabur fitnah memburokkan lawan, mencuri idea, mencuri pelanggan, kakitangan dll.
Jaga rahsia dan maklumat perniagaan supaya tidak jatuh kepada pesaing dan sentiasa peka kepada perkembangan semasa bidang perniagaan yg anda ceburi. Bersedia untuk membuat perubahan dan penambahbaikan untuk terus bersaing dan menjadi antara yg terbaik. Jangan mudah percaya kepada yg mulut dan janjinya terlalu manis dan mudah menjanjikan yg diluar jangkauan normal.
Al Quran: Surah Al Jinn, Ayt 1-2
Katakan (wahai Muhammad): "Telah diwahyukan kepadaku bahawa sesungguhnya: satu rombongan jin telah mendengar (al Quran yg aku bacakan) lalu mereka (menyampaikan hal itu kepada kaumnya dengan) berkata ,"Sesungguhnya kami telah mendengar al Quran yg sungguh menakjubkan. Kitab yg memberi Panduan ke jalan yg benar, lalu kami Beriman kepadanya dan kami tidak sekali kali akan mempersekutukan sesuatu makhluk dengan Tuhan kami." Surah Al Jinn. Ayt 1-2.
Friday, November 23, 2012
Jumaat 2 Jumaat
Sesungguhnya manusia itu dijadikan bertabiat Resah Gelisah (lagi bakhil kedekut); Apabila dia ditimpa kesusahan, dia sangat resah gelisah; Dan apabila dia beroleh kesenangan, dia sangat Bakhil; Kecuali orang yg megerjakan Solat, iaitu orang yg tetap mengerjakan solat mereka; Dan mereka yg dalam Harta2 mereka tersedia bahagian yg tertentu, bagi orang Miskin yg meminta dan tidak meminta. Surah Al Ma'arij. Ayt 19-25. Jadikan solat sebagai benteng melawan fitnah dan kerakusan dunia dan diri.
Wednesday, November 21, 2012
Al Quran: Surah Al Mulk Ayt 21-22
Atau siapakah yg memberi rezeki kepada kamu jika Allah menahan rezeki Nya? (Tidak ada sesiapa pun) bahkan mereka (yg musyrik itu) terus menerus dalam keadaan sombong angkuh dan menjauhkan diri (daripada kebenaran). Maka apakah orang yg berjalan (melalui jalan yg tdak betul, yg menyebabkan dia selalu jatuh) tersungkur diatas mukanya lebih banyak mendapat hidayah atau orang yg berjalan tegak betul melalui jalan yang lurus rata? Surah Al Mulk. Ayt 21-22. Teruslah berada dijalan yg betul dan lurus walaupun pada zahirnya ia nampak menyusahkan.
Tuesday, November 13, 2012
Ramuan2 Kejayaan 17
Jangan malu untuk bermimpi dan berangan angan untuk jadi kaya dan berjaya. Kerana yg akan membezakan orang berjaya dan gagal adalah usaha yg dilakukan untuk mencapai mimpi dan angan2 tadi! Berfikir, berbincang dan mengatur stretegi untuk mencapai impian adalah percuma.....bila nak laksanakan mungkin perlu modal, kalau tak cukup wang, kecilkan projek atau gunakan networking dan cari rakan kongsi yg sanggup melabur untuk idea & pelan bisnis mantap anda. Selamat berusaha dan berjaya.
Monday, November 12, 2012
Al Quran: Surah Al Waqi'ah 62-67.
Sesungguhnya kamu telah pun mengetahui tentang penciptaan diri kamu kali pertama, maka mengapa kamu tidak mengambil pengajaran (bahawa Allah yg telah menciptakan kamu dari tiada kpd ada, berkuasa membangkitkan kamu hidup semula pada hari akhirat kelak.
(Sekiranya kamu berdegil?) Tidakkah kamu melihat apa yg kamu tanam? Kamukah yg menumbuhkannya atau Kami yg menumbuhkannya? Kalau Kami kehendaki, sudah tentu Kami akan jadikan tanaman itu kering dan kosong (tiada biji dan isi), maka dengan itu kamu akan berada dlm keadaan hairan dan tercengang. (Sambil berkata) "Sesungguhnya kami menanggung kerugian, bahkan kami hampa (kerana tidak mendapat sebarang hasil).
Friday, November 9, 2012
Jumaat 2 Jumaat
Demi angin yang menerbangkan debu dengan kuat;
Demi awan yang mengandungi hujan;
Dan kapal2 yang belayar dengan mudah;
Dan malikat2 yang membahagi bahagikan segala urusan.
Sesungguhnya segala yg dijanjikan kpd kamu (mengenai hari akhirat) past Benar. Dan sesungguhnya Balasan amal pasti akan berlaku. Surah Al Dhariyat Ayt 1-7. Semoga di Jumaat yg mulia ini kita kembali melihat dengan Mata dan Hati lalu Berfikir dengan Akal...tentang Kebesaran dan Keujudan Tuhan, lalu sujud insaf atas kemungkaran kita.
Sunday, November 4, 2012
Ramuan2 Kejayaan 16
Orang berniaga kena amalkan pembelajaran sepanjang hayat untuk terus bersaing dan berdaya maju. Sebelum berniaga kena belajar tentang selok belok perniagaan dan produk yg hendak dijual. Bila dah berniaga kena belajar menghadapi persaingan dan perbaiki kelemahan untuk terus bertahan. Bila dah berjaya kena belajar mengurus kejayaan dan mengembangkan perniagaan. Jangan jadikan belajar itu satu beban, sebaliknya sebagai aktiviti yang menyeronokkan. Rajin berfikir, belajar dan berusaha adalah ciri2 utama orang berjaya!
Saturday, November 3, 2012
Al Quran: Surah Al Zukhruf Ayt 68-70
(Mereka yg bertaqwa itu, diberi penghormatan serta diseru oleh Allah dengan firman Nya): "Wahai hamba2 Ku! Pada hari ini kamu tidak akan merasai sebarang kebimbangan (dpd sesuatu yg tidak baik) dan kamu pula tidak akan berdukacita." (Mereka itu ialah) orang yg beriman kepada ayat2 Kami dan mereka dahulunya orang Islam (yg taat dan patuh), (dikatakan juga kpd mereka) "Masuklah kamu dedalam syurga bersama sama isteri isteri kamu (yg beriman) dengan kegembiraan dan kemuliaan."
Friday, November 2, 2012
Jumaat 2 Jumaat
Adakah mereka berkuasa membahgi bahgikan rahmat Tuhanmu (wahai Muhammad)? Kami telah menentukan antara mereka segala keperluan hidup mereka dalam kehidupan dunia ini dan juga Kami telah meninggikan darjat sesetengah mereka melebihi darjat sesetengahnya yang lain. (Semuanya itu) supaya sebahagian daripada mereka mendapat kemudahan menjalankan kehidupannya daripada sebahagian yang lain. Rahmat Tuhanmu (yang meliputi kebahagian dunia dan akhirat) adalah lebih daripada apa yg mereka kumpulkan (yang berupa kebendaan dan keduniaan semata mata). Surah Al Zukhruf Ayt 32. Semoga kita terus bershukur atas segala pemberian Nya.
Sunday, October 28, 2012
Ramuan2 Kejayaan 15
Pastikan perkhidmatan yg berikan adalah terbaik dan profesional. Terus berusaha meningkatkan mutu perkhidmatan sambil berinnovasi untuk sentiasa dihadapan dalam persaingan. Gunakan teknologi dan lakukan R&D untuk memastikan perusahaan sentiasa berdaya maju dan terkini. Dengan ICT perniangaan dan urusan semua boleh dilaksanakan dihujung jari serta R&D semudah melayari fb...bayangkan jika 1/3 dari masa berfb kita gunakan untuk R&D di alam maya, mesti hebat hasilnya!
Friday, October 26, 2012
Jumaat 2 Jumaat
Tidakkah engkau memerhatikan bahawa Allah menurunkan hujan dari langit, lalu dialirkan Nya menjadi mata air mata air di bumi; kemudian Dia menumbuhkan dengan air itu tanam tanaman yg pelbagai jenis dan warnanya; kemudian tanam tanaman itu menjadi Kering, lalu engkau melihatnya (sesudah hijau) kekuning kuningan; kemudian Dia menjadikan Hancur berderai? Sesungguhnya segala yg tersebut itu mengandungi Peringatan bagi orang yg Berakal sempurna. Surah Al Zumar Ayt 21. Semoga dihari Raya Korban ini kita kembali menginsafi kejadian kita sambil mengambil peringtan Allah melalui ayat ini. Jadikanlah persinggahan pendek dibumi ini sebgai tempat kita membuktikan ketaatan dan ketqwaan kita kepada Nya sebelum kembali ke alam yg abadi.
Thursday, October 25, 2012
Al Quran: Surah Al Zumar Ayt 6
Dia menciptakan kamu dari diri yg satu (Adam) kemudian Dia menjadikan daripadanya - isterinya (Hawa); dan Dia mengadakan untuk kamu binatang2 ternakan lapan ekor yg berpasangan. Dia juga menciptakan kamu dalam kandungan ibu kamu (berperingkat peringkat) dari satu kejadian ke satu kejadian, dalam tiga suasana yg gelap gelita (iaitu gelapnya perut, rahim dan selaput bayi). Yang demikian (kekuasaan Nya) ialah Tuhan kamu. Dia memiliki kekuasaan yg mutlak. Tiada Tuhan melainkan Dia. Oleh itu, bagaimana kamu dapat diPesongkan (daripada mematuhi perintah Nya)? Surah Al Zumar Ayt 6. Ingatan bersama dari mana kita datang dan kepada siapa kita patut patuh dan berkorban.
Wednesday, October 24, 2012
MARTEC 2012: Embracing Technology & Science to Power Business
1.0 INTRODUCTION
.
The global business landscape is changing fast parallel to the advancement in technology which is ubiquitous and in mobile form. These advancements and new technology capabilities enable business transactions at fingertips 24/7 from any part of the world. The sophistication and integrated logistics solutions also make it possible for goods and products to be shipped, transported and delivered safely in the most efficient way. Air, sea and land transport have been integrated and mobilised to make global business borderless and seamless.
.
In order for Technology and Science to be the catalyst for business development, continuous effort in research and development and the culture of innovation must be supported at various levels including at the varsities. The high demands for goods, product and services require business community to continuously come out with new ideas, innovate and modify existing systems, products and services in order to compete and capture the market share. Similar demands and needs in the maritime sector. Power your business with technology and science; innovate to ensure success in meeting the demand of the digital economy.
.
This paper will firstly highlight the global and Malaysian economy standing and will focus on the discussion related to the Malaysian maritime industry in shipping sector, offshore support vessel, port and the challenges ahead. The paper will provide suggestions on the role of technology and science for the maritime industry to remain competitive and the role of the various agencies and varsities in research and development to create growth in developing the intellectual capital, continued profit and sustainability, setting trend and benchmarks to compete against the world best.
..
The global business landscape is changing fast parallel to the advancement in technology which is ubiquitous and in mobile form. These advancements and new technology capabilities enable business transactions at fingertips 24/7 from any part of the world. The sophistication and integrated logistics solutions also make it possible for goods and products to be shipped, transported and delivered safely in the most efficient way. Air, sea and land transport have been integrated and mobilised to make global business borderless and seamless.
.
In order for Technology and Science to be the catalyst for business development, continuous effort in research and development and the culture of innovation must be supported at various levels including at the varsities. The high demands for goods, product and services require business community to continuously come out with new ideas, innovate and modify existing systems, products and services in order to compete and capture the market share. Similar demands and needs in the maritime sector. Power your business with technology and science; innovate to ensure success in meeting the demand of the digital economy.
.
This paper will firstly highlight the global and Malaysian economy standing and will focus on the discussion related to the Malaysian maritime industry in shipping sector, offshore support vessel, port and the challenges ahead. The paper will provide suggestions on the role of technology and science for the maritime industry to remain competitive and the role of the various agencies and varsities in research and development to create growth in developing the intellectual capital, continued profit and sustainability, setting trend and benchmarks to compete against the world best.
2.0 GLOBAL AND MALAYSIAN ECONOMY
.
The global economy is seeing recovery despite the Eurozone crisis with developed countries regaining growth at 2.4% to 2.8% and while emerging economies continue to drive global growth. It is expected that the global growth will be 3.5% in 2012 compared to 4.4% in 2011. China and India will lead the economy at 8% and 6.9% GDP growth respectively. They and the Asian economy will be the driving force in spurring of world economy navigating it out of recession. US is slowly recovering with 1.8% expected growth in 2012.
.
The Malaysian economy is strongly moving out of the fallout of 2009 Global Financial Crisis. It is expected to grow at an average of 5% in 2012 and remain resilient against the global impact of the prolonged debt crisis in the Eurozone.
The national economy expanded by 5.1% in 2011, down from 7.2% the previous year. As trading nation Malaysian economy will depend on our trading partners and 64.9% percent of our trade is with Asian neighbours. This insulates us in a way from the troubled European economy which account for merely 9.1% of our trade.
3.0 MALAYSIAN MARITIME INDUSTRY
.
The importance of maritime industry in Malaysia hails from its trading nation status as well as its geographical strategic position along the Straits of Malacca. Our sea areas are four times the size of the land area and all our oil and gas reserve is from the sea. It contributed 19% to national GDB in 2009 amounting to RM 127 Billion. Our oil and gas industry is one of the most vibrant in South East Asia and among the pillar of our economy and technology quest.
.
3.1 SHIPPING SECTOR
.
MISC is the largest shipping company in Malaysia servicing national and international markets in oil and chemical tankers, LNG tankers and Offshore FSO and FPSO. The company recently divest its containers fleets succumbing to international liners business gloom. There are few more ship owners that actively served Malaysia shipping requirements such as Orkim Shipping, EA Technique, Johan Shipping, Semua Shipping, Global Carriers and Gagasan Carriers.
.
Historically, the growth of Malaysian tonnage was phenomenal since 1970 but stagnated in 2009 in line with the global financial crisis. The growth was actually assisted by government’s fiscal and legislative measures including tax incentives and the introduction of cabotage policy in 1980. Currently, Malaysia was ranked top 25 maritime countries in the world but the current global shipping downturn will continue to affect our growth.
.
As a trading nation shipping will remains a strategic industry that need to be protected and supported. Furthermore, Sabah and Sarawak separation by South China Sea from Peninsular Malaysia need the shipping to bridge the link. Transportation account to 4% of Malaysian external trade and 70% of costs are carried by foreign flag. Therefore, it is important to protect and grow Malaysian fleet to reduce the deficits and as security to transportation of energy products.
.
The shipping industry is facing tremendous pressure since 2009 and does not seem to improve in near future. The poor freight market is caused by over supplied of vessels, poor demand, political and economical instability (Iranian factor, economic crisis in EU/US), high bunker price, weak US Dollar versus RM, high assets costs, raising operational costs and uneven playing field. It is known that China and South Korea provide bailouts and subsidies to protect their own shipping industry.
.
Further challenges include facing highly regulated industry in terms of stringent post state control, new IMO regulations, ILO and charterers stringent requirements especially in oil and gas industry. Securing finance is more difficult now due to reluctance of bankers to finance due to poor market sentiments, absence of long term contracts, high risk business and high volatility of the shipping market. The shortage of technical employees for both offshore and onshore has also stressed the industry further.
.
The industry is now undergoing consolidating stage with less number of players, polling arrangements, mergers and reduced number of new ship orders. It is our hope that the vibrant Malaysian economy and recovering global economy will finally translates to higher demands and freight for shipping.
.
3.2 OFFSHORE SUPPORT VESSEL (OSV) SECTOR
.
The OSV sector has been developing strongly for the past twenty years seeing more new players entering the market. The sector used to be dominated by foreign players but now controlled by Malaysians especially on smaller and less sophiscated vessels. The cabotage laws and PETRONAS Malaysianization policy has managed to strengthened Malaysian presence here. The stable market and charter hire has flourished this market and look like it’s going to be one of the dominant players in Malaysian maritime industry. The active PSCs contractors that been supporting the OSV sector includes PETRONAS Carigali, ExxonMobil, Shell, HESS, Talisman, PTTEP, Murphy etc. PETRONAS remains the driving force in prospering the Malaysian Oil and Gas industry with budget of RM 300 Billon for the next five years.
.
Unlike its counter parts in shipping, the OSV sector did not benefit from tax free regime. Therefore, the corporate and personal income tax is heavy on the players and personnel serving this vessels. This will result less profit available to expand fleets in this capital intensive industry.
.
The cost of finance with local banking institutions is also much higher compared to offshore foreign banking facilities. This will work to the disadvantage of local players which then have to offer their vessels at higher charter hire compared to foreign vessels. Since the oil majors did not give much long term contract it will be difficult for new players to secure finance for their new vessels.
.
The OSV sector need to mature and start expanding business to international market instead of depending fully on Malaysian market. The good run at home must be used as leverage to develop fleet, expertise and global competitiveness. This lucrative sectors need to further developed to be among the stars in Malaysia maritime sector.
.
3.3 PORT SECTOR
.
As a trading nation, ports plays a vital role to ensure good gateways as well as facilitators to total logistics system. Ports also becoming one of the catalysts for economic growth. Malaysia due to its planning and development has managed to establish good ports all around the country. Among the main ports are Penang, Port Kelang, PTP, Pasir Gudang, Kuantan, Labuan, Kota Kinabalu, Bintulu, Kuching, Miri dan Sandakan. We have two Global ranking ports i.e. Port Kelang 13th and PTP 16th . Malaysia ports expected to handle 21 million TEUs in 2012. Bintulu is the world largest LNG Export Terminal and Pasir Gudang Port is the world largest palm oil export terminal.
.
The latest major port development seemed to focus in Johor with the expansion of PTP ship berth, opening of oil terminal at Asian Tanks Terminal and development of deep water terminal at Pengerang. PETRONAS floating LNG Terminal at Sg Udang Port is ready for operations first quarter 2013 and similar terminal will be built at Pengerang and Sabah in the near future.
.
At present, Malaysian major ports are doing well and competitive. Nevertheless, in facing future challenges and meeting changing trading patterns they need to stay abreast in serving the shippers needs.
.
4.0 EMBRACING TECHNOLOGY AND SCIENCE TO STAY COMPETETIVE
.
The maritime industry is also very much affected with the usage and development of technology and science. To stay abreast with the challenges and fast development in the business environment since two decades ago, all maritime sectors are embracing the technology to be current and meeting the demands.
.
The followings are some of the examples:
.
A) In the containers business the 3000 TEUs vessel which among the biggest in the 1980s , at present it looks like just a small feeder vessels to the 15,000 TEUs. The hub ports have to use different technology to handle the bigger volume and as such changed their cranes to be able to handle the latest container vessels. The changes goes all the way down the line in terms of documentation clearance, storage, distributions of containers meeting the door to door service expectation. Delays in ships arrival and operations is no more a tolerance nor acceptable to the industry.
.
B) Similar technology changes happening in tanker, chemical, bulk and LNG vessels where vessels are nowadays fully automated with very much reduced crews. Gone were the days where a ship have 30 crews and lately manpower of 15 crews is considered luxury to handle VLCC and Mega Container Ship. This was all made possible due to the automation and mechanisation of most of the equipments including unmanned engine room which is controlled 100 percent by technology.
.
C) As for the ship bridge gone were the days of celestial navigation and paper chart. The technology in use is SatNav and ECDIS, electronic chart display system that will assist you to navigate all the way across the pacific.
.
D) The OSV also experienced some changes in meeting latest demands. Bigger and more powerful AHTS is required for deeper water exploration and development. DP becomes norm on AHTS/PSV to achieve precision and improve safety in operations.
.
Thus, all these examples and many more show that we embrace the technology development as a way forward to stay competitive and relevant in the market. We must be able to integrate the right technology in our facilities, assets and operations to achieve superior performance. In order to move the challenge up another level, we must be ready to carry Research & Development in crucial areas. We must now not only navigate our business to success but must innovate along the way to stay ahead of competitors.
.
5.0 USING RESEARCH & DEVELOPMENT TO CREATE GROWTH
.
The similarity among developed and successful economies is that they are very advanced in Research and Development. They have a very clear plan and strategy to ensure the R&D is current, and will keep them abreast and ahead of others in the industry. This of course will give them the advantage of being the champion or leaders in the industry. All relevant resources are channelled to achieve the objective.
.
The Malaysian government is very determined to improve our R&D standing by creating financial, facilities and policy support towards this. In fact four Universities have been recognised as Research University namely University Sains Malaysia, University Kebangsaan Malaysia, Universiti Malaya and Universiti Teknologi Malaysia.
.
Research grants and funding have been established at relevant ministries to encourage R & D. Ministry of Higher Education established Fundamental Research Grant Scheme (FRGS), Exploratory Research Grant Scheme ( ERGS), Long Term Research Grant Scheme ( LRGS) and Prototype Research Grant Scheme (PRGS). Multimedia Development Corporation established MSC R & D Grant Scheme, MSC Pre-Seed Scheme, MAC3 Co pro Fund and MSC Intellectual Property Grant scheme. While Ministry of Science , Technology & Innovation provides Science Fund, Techno Fund, Inno Fund, eContent Fund, Industry R&D Grant Scheme. Malaysian Technology Development Corporation provides Commercialisation of R&D Fund, Business Growth Fund, Business Start Up Fund and Technology Acquisition Fund. There are many more grants and funding from other Ministry that facilitate R&D and its commercialisation . The Ministry of Higher Education budget for High Impact R&D stand at RM 1 Billion for 2013. The industry, universities and R&D institution must take full advantage of this financial and policy support given by the government and create greater economic growth within the maritime industry.
.
Although R&D in maritime industry has been known lacking in Malaysia but it should not be an excuse to let it drift away in importance. In fact, it is about time aggressive R&D activities being planned and carried out to take advantage of the various incentives given by the government in this areas.
.
We have about 200 papers being presented in MARTEC 2012 and I am sure at least 50% of them are directly relevant to improve the industry or provide answers to issues facing the industry. There are so much time, energy, intellectual and money being spent to produce these 200 papers so let’s refer to these papers and the conference resolutions to further improve and assist the industry management, operations and process, and R&D. It is our hope that the R&D contributes to the following :
.
1. Develop the intellectual capital in the Malaysian Maritime Industry
2. Focus on technology and innovations that ensures continued profitability and sustainability for the industry
3. Creates the culture of trendsetter and leaders
4. Ready to benchmarks and compete against the world best
6.0 CREATING CHAMPION FROM UNIVERSITY &BUSINESS PARTNERSHIP
.
The university and industry partnership especially in the areas of R&D has shared some success stories but in reality we still have a long way to go. As for the maritime industry the university and industry collaboration is still in its infancy as there is no major breakthrough in terms of findings or inventions.
.
As the saying goes if you not willing to change you be irrelevant in no times. In order to change for the better what more to be trendsetter you must do R&D in areas your business. Since R&D is a very expansive business in terms of expertise, resources, time and expenditure, the maritime industry in general must collaborate with the best suitors available. The University will be the perfect match. I would like to recommend that UTM should spearhead the collaborations with the shipbuilding and marine construction industry such as Boustead Shipyard, MMHE, NGV Tech and Labuan Shipyard. UMT can lead the collaborations between oil and gas and shipping industry such as PETRONAS, PSC Contractors, Sapura Crest, Kenchana Petroleum, OSV Operators, MISC etc. UITM may instead lead the partnership with the port and logistics industry. This partnership if planned and implemented well will definitely put the Malaysian maritime industry in better position in meeting global challenges. Lets this conference be the platform that facilitate the above partnerships, networking and knowledge sharing in breaking uncharted technology application.
.
Plenary Paper for International Maritime Technology & Science Conference
20 to 23 Oct 2012 @ University Malaysia Terengganu
By
Dato’ Capt Jaffar Bin Lamri FIK
CEO
Centre of Maritime Excellence
.
References:
-Disruptive innovation the way forward for high value adding economy by Shaifubahrim Saleh 2012
- Essence of ICT Roadmap 2012 for Innovation Driven growth by
Dr Amiruddin Bin Abdul Wahab 2012
-The Role and Contribution of Logistics Sector as a Trade Facilitator by
M .Aramugam
-Role of Maritime Education and Training by Capt. Razali Yacob
- Assessment of the contribution of the maritime industry to the Malaysian economy by Nazery Khalid 2012
- Malaysian Economic and Information Communications Technology Outlook by Woon Tai Hai & Dr Chin Yoong Kheong 2012
- Malaysian Shipping Outlook by Capt. Johari Mohd Noh 2012
- OSV Malaysia Outlook by Capt. Tasripin Masotee 2012
- Entrepreneurship in Global Economy by Dato’ Jaffar Lamri 2012
- Maritime Leadership Journey by Dato’ Jaffar Lamri 2011
Wednesday, October 17, 2012
Al Quran: Surah Al Ahzab Ayt 72.
Sesungguhnya Kami telah mengemukakan amanah (tanggungjawab agama) kepada langit dan bumi serta gunung ganang (untuk memikulnya) maka mereka enggan memikulnya dan bimbang tidak dapat menyempurnakannya. (Pada ketika itu) manusia (dengan persediaan yg ada padanya) sanggup memikul amanah itu. (Ingatlah) sesungguhnya (kebanyakkan) manusia adalah suka melakukan Kezaliman dan amat Bodoh. Surah Al Ahzab Ayt 72.
Tuesday, October 16, 2012
Al Quran: Surah Al Ahzab Ayt 35
Sesungguhnya para lelaki dan wanita yg beragama Islam, yg Beriman, yg tetap dalam Ketaatan, yang Benar, yang Sabar, yang Khusyu (kpd Allah), yang Bersedekah, yang Berpuasa, yang memelihara Kehormatannya dan yang Menyebut nama Allah sebanyak banyaknya, Allah telah menyediakan untuk mereka Keampunan dan Pahala yang besar. Surah Al Ahzab Ayt 35.
Sunday, October 14, 2012
Ramuan2 Kejayaan 14
Persaingan adalah lumrah dalam perniagaan dan khianat mengkhianati memang biasa juga dikalangan peniaga yg tamak dan tidak beretika. Peniaga memerlukan sifat sabar yg tinggi dan sanggup berjuang dan bersaing setiap waktu. Jadikan persaingan sebagai dorongan untuk terus memperbaiki perkhidmatan dan produk anda. Pastikan esok lebih baik dari hari ini .... tawarkan yg terbaik dari segi harga dan kualiti untuk pelanggan anda. Kalau takut dilambung Ombak ... jangan jadi Pelaut.
Al Quran: Surah Luqman Ayt 6
Ada antara manusia, yang memilih serta membelanjakan hartanya kepada hiburan2 yg melalaikan yg akibatnya menyesatkan (dirinya dan orang ramai) daripada jalan Allah dengan tidak brdasarkan sebarang pengetahuan dan ada pula orang yg menjadikan jalan Allah itu sebagai ejekan2, merekalah orang yg akan beroleh azab yg menghinakan. Surah Luqman Ayt 6.
Thursday, October 11, 2012
Jumaat 2 Jumaat
Dalam pada itu, apabila mereka melayari bahtera (lalu menemui sesuatu bahaya di laut) mereka memohon pertolongan kepada Allah dengan doa yg tulus ikhlas kepada Nya. Kemudian setelah Allah menyelamatkan mereka (kembali) ke darat, mereka berlaku syirik kepada Nya. Maka jadilah mereka orang yg kufurkan nikmat yg telah Kami berikan kepadanya dan orang yg hanya dapat bersuka ria di dunia, kemudian mereka akan mengetahui kelak akibat buruk apa yg telah mereka lakukan. Surah Al Ankabut Ayt 65-66. Bershukur atas apa yg kita nikmati selama ini dan jangan mudah kufur nikmat apabila telah berjaya dan berkedudukan.
Ramuan2 Kejayaan 13
Kita tidak boleh mendabik dada sebagai orang berjaya jika kakitangan bawah kita semuanya layu dan tidak berdaya maju. Ketua yg baik bukan sahaja pandai memberi arahan tetapi cekap membimbing dan membantu kakitangan supaya menjadi sehebat dia atau lebih lagi. Organisasi akan berjaya dan bertahan jika mempunyai Pasukan yg mantap dan berinovatif. Berat sama dikendung dan ringan sama dijinjing.
Tuesday, October 9, 2012
Ramuan2 Kejayaan 12
Sifat merendah diri dan menghormati pandangan orang lain tidak akan menjejaskan kedudukan sebenar kita. Sifat aku yg terhebat dan paling betul juga tidak membawa kita kemana mana, bahkan memperbodohkan diri sendiri. Air yg penuh kocaknya tiada...ular yg menyusur akar tidak hilang bisanya. Semoga kita terus menjadi orang yg berjaya dan kurang menuding jari kepada orang lain.
Sunday, October 7, 2012
Al Quran: Surah Al Qasas Ayt 16-17
Dia merayu (Musa- dengan sesalnya),"Wahai Tuhanku, sesungguhnya aku telah menganiaya diri sendiri, oleh itu ampunkan dosa aku." (Maka Allah menerima taubatnya) lalu mengampunkan dosanya, sesungguhnya Allah jualah Yang Maha Pengampun, lagi Maha Penyayang. Dia merayu lagi, "Wahai Tuhanku, demi nikmat2 yg Engkau kurniakan kepadaku, (peliharalah aku) supaya aku tidak menjadi penyokong kepada golongan yg Berdosa." Surah Al Qasas Ayt 16-17.
Thursday, October 4, 2012
Ramuan2 Kejayaan 11
Semoga Tuhan memberi sahabat ku kekuatan, kesabaran, kebijaksanaan dan perlindungan Nya dalam melalui episod yg mencabar ini. Seterusnya mengurniakan kemenangan padanya daripada tipu daya dan penindasan mereka yg pernah dipanggil kawan dan rakan perkongsian. Dalam perkongsian perniagaan walau bagaimana rapat dan baik sekalipun teman anda, pastikan ada perjanjian yg menjaga kepentigan kedua dua belah pihak terutama dalam kejayaan mahupun kegaggalan. Manusia memang selalu berubah dan gaggal dalam mengurus keadaan, terutama mereka yg mencintai dunia lebih daripada akhirat atau pun puak2 yg kufur.
Al Quran: Surah Al Shuara Ayt 221-226
Mahukah, Aku khabarkan kpd kamu, kpd siapakah syaitan2 itu selalu turun? Mereka selalu turun kepada tiap2 Pendusta yg berdosa. Yang mendengar bersungguh sungguh (apa yg disampaikan oleh syaitan2 itu) sedangkan kebanyakan beritanya adalah Dusta. Ahli2 syair itu, diturut oleh gulongan yg Sesat. Tidakkah engkau melihat bahawa mereka mengembara di tiap2 lembah (dgn berkhayal dan angan2 kosong)?. Dan mereka Memperkatakan apa yg mereka Tidak Melakukannya? Surah Al Shu'ara Ayt 221-226.
Wednesday, October 3, 2012
Ramuan2 Kejayaan 10
Berkawanlah dengan ikhlas bukan sekadar untuk mendapat keuntungan atau projek semata mata. Lepas kepentingan lupalah kpd kawan tersebut. Ada kawan yg hanya baik untuk bertegur sapa dan selamat tinggal, ada yg boleh dibawa berbincang makan minum diluar dan hanya sedikit yg terbaik yg boleh dibawa kerumah sebagai tetamu dan kawan setia. Kawan setia ini akan bersama kita diwaktu susah dan senang serta menjaga marwah dan rahsia kita sama seperti menjaga diri mereka sendiri.
Sunday, September 30, 2012
Ramuan2 Kejayaan 9
Berusahlah dengan sebaik mungkin untuk mendapat atau menjayakan sesuatu projek/perniagaan. Gunakan segala ilmu, kepakaran dan kerjasama serta pandangan sahabat2 yg berwibawa bagi memastikan tawaran yang terbaik. Selepas itu berdoa dan serahkan kepada Tuhan untuk menentukan milik siapa rezeki tersebut. Jika berjaya jangan lupa bershukur dan bersedekah, tapi jika sebaliknya terus berusaha dengan sabar.
Al Furqan Ayt 1-2.
Maha Suci Allah Yang telah menurunkan al-Furqan kepada hamba Nya, untuk menjadi PERINGATAN dan AMARAN bagi seluruh penduduk alam. Tuhan Yang menguasai pemerintahan langit dan bumi dan Yang tidak mempunyai anak serta tidak mempunyai sebarang sekutu dalam pemerintahan Nya dan Dialah Yang menciptakan setiap sesuatu lalu menentukan keadaan makhluk2 itu dengan ketentuan takdir yang sempurna. Surah Al Furqan Ayt 1-2.
Friday, September 28, 2012
Jumaat 2 Jumaat
Dan janganlah orang yg mempunyai Kelebihan dan Kelapangan daripada kalangan kamu, Bersumpah tidak mahu lagi memberi bantuan kepada kaum kerabat dan orang miskin serta orang yg berhijrah pada jalan Allah dan hendaklah mereka memaafkan dan belapang dada. Tidakkah kamu mahu supaya Allah mengampunkan dosa kamu? (Ingatlah) Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. Surah Al Nur Ayt 22. Amalkanlah sifat pemaaf dan pemurah semoga dengan itu Allah juga akan mengampunkan kita atas segala kelemahan dan dosa yg banyak kita lakukan. Jadikan kekayaan kita sebagai aset memperbanyakkan sedekah dan kebajikan kerana akhirnya itulah harta kita yg kekal untuk dibawa diakhirat.
Thursday, September 27, 2012
Ramuan2 Kejayaan 8
Berhati hati jika menerima tawaran atau projek yg luarbiasa keuntungan atau terlalu mudah tanpa ikut proses biasa. Besar kemungkinan risiko terlalu tinggi, anda sedang ditipu atau kerja haram. Sebaiknya jangan mudah tamak dan terpedaya, jalankan perniagaan mengikut peraturan dan amalan perniagaan baik. 90% rezeki adalah melalui perniagaan tetapi pastikan ia adalah rezeki yg halal lagi diberkati.
Wednesday, September 26, 2012
Al Quran: Surah Al Muminun Ayt 12-15
Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dpd sari pati tanah. Kemudian kami jadikan sari pati itu air mani pada tempat yg kukuh (rahim ibu). Kemudian air mani itu kami jadikan segumpal darah (darah beku) lalu Kami jadikan darah beku itu seketul daging, kemudian Kami jadikan daging itu tulang2, kemudian Kami balut tulang2 dgn daging. Kemudian Kami bentuk dia menjadi makhluk yg lain sifat keadaannya. Maka nyatalah kelebihan dan ketinggian Allah sebaik baik Pencipta. Kemudian sesungguhnya kamu sesudah itu akan mati. Surah Al Mu'minun Ayt 12-15.
Friday, September 21, 2012
Jumaat 2 Jumaat
Tidakkah engkau mengetahui bahawa segala yg ada di langit dan di bumi tunduk sujud kpd Allah dan (antaranya termasuklah) matahari, bulan, bintang2, gunung ganang, pokok2 kayu, binatang2 dan sebahagian besar dpd manusia? Dan banyak pula (antara manusia) yg berhak di timpa azab (disebabkan kekufurannya dan maksiatnya). Ingatlah sesiapa sesiapa yg dihinakan oleh Allah, maka dia tidak akan beroleh sesiapa pun yg dapat memuliakannya. Sesungguhnya Allah akan tetap melakukan apa yg dirancangkan Nya. Surah al Hajj Ayt. 18.
·
Saturday, September 15, 2012
Ramuan2 Kejayaan 7
Belajar berbuat baik dengan semua dan dengan ikhlas bukan hanya untuk mendapat projek atau urusniaga, kerana orang akan menyampah jika mereka dilupakan bila sudah tidak ada keperluan. Berbuat baik kepada semua adalah amalan Islam bukan semata mata panduan perniagaan. Mendapat projek atas dasar kepercayaan, kepakaran dan kemampuan adalah jauh lebih baik dpd sebab suapan.
Friday, September 14, 2012
Jumaat 2 Jumaat
Allah berfirman:"Turunlah kamu berdua dari syurga itu bersama sama dalam keadaan Setengah kamu menjadi Musuh bagi setengahnya yg lain, kemudian jika datang kpd kamu Petunjuk dpd Ku, maka sesiapa yg Mengikut petunjuk Ku itu, nescaya dia tidak akan SESAT dan dia pula tidak akan Menderita azab sengsara; dan sesiapa yg berpaling INGKAR dpd ingatan dan petunjuk Ku, maka sesungguhnya baginya kehidupan yg Sempit dan Kami akan himpunkan pada hari kiamat dalam keadaan BUTA." Surah Taha Ayt 123-124. Semoga kita tidak menjadi orang yg melupakan ayat2 Allah lantas menjadi orang yg dilupakan serta ditinggalkan pada hari pengadilan.
Wednesday, September 12, 2012
Ramuan2 Kejayaan 6
Semua jenis perniagaan dan projek mempunyai risiko. Pastikan anda tidak terdedah kepada risiko yg terlalu tinggi sebelum menerima sebarang projek/urusniaga. Jauhi daripada menjalankan bisnis yg anda tidak ada kemahiran dan pengalaman kerana peluang untuk gagal amat tinggi. 90% rezeki datang daripada perniagaan, mula beri 20% ruang berfikir/merancang tentang masa depan dan peluang perniagaan anda, baki 80% untuk syarikat majikan anda.
Al Quran: Surah Al Taha Ayt 74-75
Sesungguhnya barang siapa dtg kepada Tuhannya dalam keadaan berdosa, maka sungguh, baginya adalah neraka jahanam. Dia tidak mati (terus merasakan azab) di dalamnyan dan tidak pula hidup (tidak dpt bertobat). Tetapi barang siapa yg datang kpd Nya dalam keadaan BERIMAN dan telah mengerjakan Kebajikan, maka mereka itulah orang yg memperoleh darjat yg tinggi (mulia). Surah Al Taha Ayt 74-75.
Monday, September 10, 2012
Al Quran:Surah Taha Ayt 2-7
Kami tidak menurunkan Al Quran ini kepada mu untuk menyusahkan mu. Tetapi untuk menjadi peringatan bagi orang yg takut melanggar perintah Allah. Ia diturunkan dpd Tuhan yg menciptakan bumi dan langit yg tinggi. Tuhan Yang Maha Pemurah, bersemayam di atas Arasy. Dialah yg memiliki segala yg ada di langit dan yg ada di bumi serta yg ada di antara keduanya dan yg ada di bawah tanah di perut bumi. Jika engkau menguatkan ucapanmu (dlm zikir atau doa) maka sesungguhnya Allah mengetahui segala rahsia dan segala yg tersembunyi. Surah Taha Ayt 2-7.
Friday, September 7, 2012
Ramuan2 Kejayaan 5
Gedung Ilmu yg terbesar terletak dalam Al Quran dan selainnya seperti ilmu fizik, kimia, perubatan, perundangan, perniagaan, Maritim dll adalah hanya ranting2 halus yg tidak sempurna tanpa di kaitkan dengan ilmu Allah. Kalau mahu betul2 berjaya kaji dan selaraskan ilmu, profession, kerja sosial dan lain2 aktiviti kita dgn yg di sarankan oleh Tuhan berpandukan Al Quran. Inshaalah kerja menjadi mudah, tido bertambah lena dan rezeki mencurah dan di berkati. Kalau masih belum dapat kaitkan apa yg kita lakukan dengan Al Quran tandanya kita masih jauh lagi untuk sampai ke pengkalan.
Jumaat 2 Jumaat
Dah lama saya tinggalkan blog tanpa posting, sempena Jumaat 7 Sept ini saya mulakan kembali dengan posting untuk ingatan bersama ini.
Jumaat 2 Jumaat: Katakanlah (wahai Muhammad):"Kalaulah semua jenis lautan menjadi tinta untuk menulis kalimah2 Tuhanku, sudah tentu akan kering lautan itu sebelum habis kalimah2 Tuhanku, walaupun Kami tambahi lagi dengan lautan yg sebanding dengannya." Surah Al Kahfi Ayt 109. Ilmu yg di pinjamkan kpd kita amatlah sedikit jadi janganlah mudah berbangga apa lagi takbur dengan ilmu yg kita ada. Sebaiknya jadilah orang yg beriman dan beramal salih yg berpesan pesan dengan kebenaran serta berpesan pesan dengan kesabaran.
Subscribe to:
Posts (Atom)