Sunday, May 10, 2015

Selamat Hari Ibu insan2 Tersayang.





Mak Tok menjadi ikon tempat kami berkumpul, mengadu dan mohon restu keberkatan usaha dan hidup. Malam tadi kami raikan Mak Tok dan ibu2 dalam keluarga yg jasanya amat kami hargai. Semasa mereka ada zahirkanlah kasih sayang. Semoga semua sentiasa dalam Rahmat Yang Maha Esa. 

Friday, May 8, 2015

Jumaat 2 Jumaat


Kemudian Dia menunjukkan kehendak Nya kepada penciptaan langit sedangkan langit itu masih berupa asap, lalu Dia berfirman kepadanya dan kepada bumi: "Datanglah kamu berdua menurut perintah Ku, sama ada dengan sukarela atau dengan paksa!" Kedua duanya menjawab, "Kami berdua datang dengan sukarela." 

Juzuk 24, Surah Fussilat, Ayt 11
Allah yang Mencipta lagi Maha Berkuasa. 



Wednesday, May 6, 2015

Memory lane ......for the Luv of Art

Throwback with my painters friends in memorable exhibition


Thursday, January 29, 2015

Quiet for sometime......

FB has made my Blog quiet and deserted in posting. Maybe if posting here is easier.......I be posting more ;)

Friday, June 6, 2014

MAK TOK

Tunjang dan lambang perpaduan keluarga Hj Abdul Razak Ibrahim, "Mak Tok dan Rumah Warisan"



Jumaat 2 Jumaat


Katakanlah wahai Muhammad: "Aku tidak dapati dalam apa yang telah diwahyukan kepadaku, sesuatu yang diharamkan bagi orang yang hendak memakannya melainkan kalau benda itu bangkai atau darah yang mengalir atau daging babi kerana sesungguhnya ia adalah kotor (jijik) atau sesuatu yang dilakukan secara fasiq, iaitu binatang yang disembelih atas nama yang lain daripada Allah." Kemudian sesiapa yang terpaksa (memakannya kerana darurat) sedangkan ia tidak mengingininya dan tidak melampaui batas, maka sesungguhnya Tuhanmu Maha Pengampun, lagi Maha Penyayang."
Juzuk 8, Surah Al An'am, Ayat 145.
Makanlah makanan yg halal dan suci agar bersih badan dan hati

Wednesday, May 21, 2014

Al Quran...Jadikan bacaan harian kita!

Al Quran:
Jika kamu menampakkan sesuatu kebaikan, atau menyembunyikannya, atau kamu memaafkan kesalahan (yg dilakukan terhadap kamu) maka sesungguhnya Allah adalah Maha Pemaaf, lagi Maha Berkuasa.

Juzuk 6, Surah Al Nisa, Ayat 149.

Tuesday, May 20, 2014

AGM Pertama Sukarelawan Bangi Valley 23/2/14.

Setinggi tahniah kepada Ahli Jawatankuasa Pertama SUKARELAWAN BANGI VALLEY yang telah dipilih dengan sebulat suara dalam Mesyuarat Agung Pertama yang diadakan pada malam ini 23 Feb 2014 di Dataran Penyayang Bangi Valley di ketuai oleh Dato' Kapt Jaffar Lamri dan Dato' Prof Dr Sulaiman Yassin sebagai Timbalan Ketua. Moga Perkampungan Bangi Valley dan Penghuninya aman, tenteram dan makmur selama-lamanya.

Al Quran:

Tidak ada kebaikan pada kebanyakan bisikan2 mereka, kecuali (bisikan2) orang yg menyuruh bersedekah atau berbuat kebaikan atau mendamaikan di antara manusia. Sesiapa yg berbuat demikian dengan maksud mencari keredaan Allah, tentulah Kami akan memberi kepadanya pahala yg amat besar.
Juzuk 5, Surah Al Nisa, Ayt 114.
Bercakaplah untuk kebaikan bukan kemusnahan dan kebencian.

Friday, May 16, 2014

MEMBUDAYAKAN SUNNAH-
SELAMAT HARI GURU!
السلام عليكم ورحمة الله ،
سلام حرمة، سلام سجهترا، سلام هاري كورو ....2014...y
"GURU PENCETUS KREATIVITI PENJANA INOVASI"...
"JMSR" mengajak semua warga SBV dan BV untuk sama2 mengucapkan "SELAMAT HARI GURU" 2014, kpg warga guru tak kira dimana mereka berada. Tanpa insan yg bergelar "GURU" dimanalah kita?!. Kita yg memiliki ilmu dan pekerjaan mengikut bidang pengkhususan masing2 hari ini, adalah hasil dari ajaran, asuhan dan didikan guru kita. Jesteru, jasa mereka wajib dikenang. Menghormati guru adala sunnah Rasulullah saw. Berdoalah untuk mereka. Kalau mereka, telah kembali kerahmatuLlah, maka sekalong "ALFATIHAH" kita hadiahkan...
Insan "GURU" mempunyai berbagai "GELARAN" sesuai dengan status dan kedudukkannya yg bertanggungjawab untuk melahirkan insan "MURID" yg berkualiti demi untuk berkhidmat kerana Allah kpd agama, keluarga, masyarakat dan negara.
GURU sebagai "MU'ALIM" (Pencetus Ilmu)
GURU sebagai "MUDARRIS" (Pengembang ilmu )
GURU sebagai "MURABBI" (Pendidik rohani)
GURU sebagai "MUADDIB" (Pengasuh budi)
GURU sebagai "MURSYID" (Perintis jalan)
GURU sebagai "MUYASSIR" (Pemudah cara/ Fasilitatur).
Dipanggil "MU'ALLIM", kerana peranan mereka memeberi ilmu kpd murid2 supaya menjadi insan yg berpengtahuan dalam bidang2 tertentu. Dipanggil "MUDARRIS", kerana peranan mereka untuk menjadikan murid2 mampu mengembang dan menterjemahkan ilmu yg dipelajari, mengikut jurusan dan bidang masing2.

Bergelar "MURABBI" dan "MUADDIB" kerana disamping mengajar, mereka juga memain peranan "mengasuh, mendidik, melentur (menta'dib)" jiwa dan rohani murid2 supaya mereka menjadi insan beahlak (berakhlaq) mulia, bermoral dan berbudi pekerti tinggi. Mereka tidak mahu murid mereka "berilmu" tapi tidak berakhlaq...Mereka mahu murid mereka menjadi insan "contoh", bukannya insan seperti kata pepatah "Cikgu kencing berdiri murid kencing berlari".


Bergelar sebagai "MURSYID" kerana peranan mereka sebagai "perintis" atau "pemandu" untuk memandu murid2 supaya kenal diri sendiri, kenal asal usul sekaligus kenal Allah swt selaku "Khaliq" (Pencipta). Dengan itu mereka tidak akan bongkak dan takbur bila berada dipuncak kejayaan. Sebaliknya semakin tinggi kejayaan yg mereka miliki, semakin dekat mereka dgn Allah swt, semakin menghormati ibu bapa, dan semakin jinak dengan masyarakat seperti kata pepatah "ikut resmi padi, makin berisi makin tunduk jangan ikut resmi jagung makin berisi makin cenguk"....


Guru bergelar sebagai "MUYASSAR" kerana peranan mereka sebagai "fasilitetor" atau pemudah cara kpd murid2. Dengan kata lain guru bertindak selaku rakan kpd murid2. Dgn menjadikan dirinya sebagai fasilitetor, bukanlah bererti status guru akan berkurangan, sebaliknya dgn cara itu, proses pembelajaran akan menjadi lebih mudah dan mantap...sebab penampilan mereka bukan untuk "DITAKUTI, DIGERUNI" tapi "DIHORMATI DISANJUNGI".


Melihat kpg berbagai GELARAN yg tertera diatas, sudah cukup untuk kita mengetahui betapa luasnya peranan GURU. Ia mencakupi dua demensi utama; "Zahir" dan "Batin" murid2 yg diajar.
Amir Syua'ra' Ahmad Shauqi Biq mendeklemasikan serangkap bait Syair untuk memberi penghormatan khusus kpd para guru:
قُمْ لِلْمُعَلِّمِ وَفُهِ التَّبْجِيْلَا &
كَادَ الْمُعَلِّمُ أَنْ يَكُوْنَ رَسُوْلَا
( Berdirilah Dan Berilah Penghormatan Kpg Guru $
Krn Hampir2lah Guru Itu Selaku Seorang Rasul).
"GURU SELAMA-LAMANYA DIKENANG SEBAGAI GURU; SEMASA BERTUGAS, SEMASA PENCIN DAN SELEPAS MENINGGAL DUNIA- PANGGILAN GURU/CIKGU TETAP KEKAL SAMPAI BILA2).
Jom Kita Sama2 Menghormati GURU...


TAKZIRAH DARI:
YM Ustaz Tuan Guru Hj Yahya Hj Mohd Razi SBV.
Two Self-made Millionaires Attribute Their Success To Charity
WEDNESDAY, 07 MAY 2014 09:30
By Shahfizal Musa
Pix Abd Raai Osman



BANGI, 2 May 2014 – Two self-made millionaires today shared the secrets of their successes in business that has been immune to crisis and economic storms to students of The National University of Malaysia (UKM) here.

Saiful Nang from Saiful Nang Academy and Dato’ Capt Jaffar Lamri from the CME Group gave their experiences to over 3000 students and how they tackled hardships and challenges they faced in their
endeavors that ultimately brought them the success that they strived for.

Capt Jaffar is a qualified mariner who has worked for a Fortune 500 company before he decided to be an entrepreneur when he bought an ailing marine engineering company and turned it around into a million dollar business in just one year.He said everyone should cultivate the habit of giving from the very beginning and not just when rich and successful as the more you give the more you get.

He has experienced working life both as an employee and as an entrepreneur. An employee has a limit as to how much he can contribute to society no matter how good he is. An employee tend to worry about his own survival while shouldering the responsibility of providing for his family and 
good education for his children.

An entrepreneur who is successful can do more because he has the means at his disposal. “When you are a successful entrepreneur then you are truly free, you can help people and champion causes that are close to your heart.”He encouraged students to use their time in UKM to gather as much 
knowledge and skills as possible so that when they graduate they need not look for a job but instead create their own income.

Jaffar applied the concept of rewarding his employees in his company where he shares profits with his project managers and other key movers in the company. He even open newbusinesses for them. One interesting aspect of his management style is not merely rewarding his company’s top performers but also personally searched for the non performing workers to be groomed into highly successful business managers. They would then be made partners instead of just being employees.

Saiful Nang who is from a poor family is now a well-known photographer to royalties and celebrities.
He was dyslexic as a child so he could only begin to read and speak properly at the age of 7. Due to 
his condition he was ostracised by other children and even labelled as the ‘stupid kid’ in the 
village.That was actually a blessing for him because though he cannot mix with the intelligent 
children he was able to observe them. “So I got to see the whole picture and know what their interests are. I got a bird’s eye view of what their problems and wants are. What they really need is a place to act their imaginations”. So armed with that knowledge he built a small zoo and amusement park and an underground secret chamber and charged the normal kids for entry.“That is the day I can never forget. If those children are so intelligent why do they have to pay me to have a good time?”

From then on he has been using his creativity to make money to this very day. He gave a solution to the biggest problem facing youth that is preventing them from starting a business; the lack of funding. He said the problem exist because of perception. He said there are too many entrepreneurs who would rather be satisfied with a cupcake instead of sharing a huge pie with others. The concept of 
sharing puts them off even when it will actually give them a higher return.Saiful said to be a successful entrepreneur he must know that it is not just about making money but it’s about making 
others rich as well. Funding, he said is not a problem when a person is sincere in helping others thereby able to make others see the benefits they will gain through a partnership.This is smart
 partnership which is advocated in Islam through the concept of Waqaf.

It was with the same concept that he and his partners co-founded Pertubuhan Kebajikan Rumah Pengasih Warga Prihatin an orphanage and home for the disadvantage.



Centre for Entrepreneurial and SME Development (CESMED) Coordinator, Dr. Ibrahim Mohamed, Lecturers and students were among those who attended the talk.

Friday, January 4, 2013

Jumaat 2 Jumaat



Tiap2 yg bernyawa akan merasai mati. Hanya pada hari kiamat sajalah akan disempurnakan balasan kamu. Ketika itu sesiapa yg dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke syurga maka sesungguhnya dia telah berjaya. Ingatlah bahawa kehidupan didunia ini (meliputi segala kemewahannya dan pangkat kebesarannya) tidak lain hanyalah kesenangan yg memperdayakan. Surah Ali Imran, Ayt 185.

Janganlah mudah terpedaya dengan kemewahan dan kuasa di dunia kerana ia menjadi sia2 jika tidak dimenafaatkan ke jalan yg diredai. Mati itu pasti maka bersedialah untuknya.

Tuesday, January 1, 2013

Ramuan2 Kejayaan 22


2013 telah pun tiba, apakah Pelan & Stretegi anda untuk memastikan kejayaan bisnis dan kerjaya pada tahun ini??? Tanpa perancangan dan usaha yg bijak kita hanya merancang untuk gagal! Pastikan Visi, Misi, Stretegi, Objektif dan Aktiviti kita selaras dan Jelas. 

Pastikan "Business, Financial and Resource Plan" mantap untuk mencapai kejayaan yg diimpikan. Gunakan kekuatan dan rangkaian bisnis sambil meneliti pesaing2 anda! Jangan mudah putus asa dan jadikan persaingan sebagai pembakar semangat anda untuk memberi perkhidmatan yg terbaik dengan harga yg berpatutan! 


Jangan lupa bersedekah kepada yg memerlukan dan ada aktiviti amal dalam pelan perancangan anda. Semoga dipermudahkan urusan dan selamat berjaya di 2013!

Wednesday, December 12, 2012

Ramuan2 Kejayaan 21@12.12.12

Persaingan dalam perniagaan adalah biasa dan jadikan ia sebagai dorongan untuk terus berdaya maju dan terkedepan dalam perkhidmatan dan produk..... Ini akan hanya boleh berlaku jika kita merancang dan berfikir untuk menambah baik perkhidmatan. Jangan risau jika orang ciplak idea atau produk kita...kerana yg tiruan tidak akan sama dengan yg original! Bak kata pengasas Upin & Ipin, saya tak risau orang cetak rompak barangan kami kerana itu menunjukkan dan meningkatkan popularity jenama kami! Yang penting kami sentiasa innovatif dan terkedepan dalam bersaing..... Semoga perancangan masa depan anda secantik tarikh 12.12.12.

Friday, December 7, 2012

Jumaat 2 Jumaat

Dan (ingatlah) ketika Nabi Musa memohon supaya diberi air untuk kaumnya, maka Kami berfirman: "Pukullah batu itu dengan tongkat mu," (lalu dia pun melakukannya), maka terpancarlah daripada batu itu dua belas mata air. Sesungguhnya setiap satu puak (dikalangan mereka) telah mengetahui tempat minumnya masing2. (Lalu kami berfirman): "Makan dan minumlah kamu dari rezeki Allah itu, serta janganlah kamu bertebaran di muka bumi dengan melakukan kerosakan.". Surah Al Baqarah Ayt 60. . Tuhan memberi rezeki kpd hambanya yg meminta dan tidak meminta. Janganlah melakukan kerosakan sesama manusia dan kepada dunia setelah diberi nikmat hidup dan rezeki.

Thursday, December 6, 2012

Ramuan2 Kejayaan 20

JUTAWAN BERKERJA dan JUTAWAN BERNIAGA??? Hakikatnya orang makan gaji dan berniaga, dua2 boleh jadi JUTAWAN? Asalkan kita sanggup berusaha dengan Kuat dan Bijak! Sanggup belajar daripada mereka yg Berjaya! Tidak ada jalan singkat untuk berjaya dan menjadi Jutawan sejati, kita perlu merancang dan laksanakannya dengan baik dan bijak...setiap orang mempunyai kekuatan dan kelemahan yg tersendiri. Gunakan Kekuatan dan baiki Kelemahan untuk mencapai jadi Jutawan! Mulakan dengan Pelan 2013 anda kearah menjadi Jutawan pada 2020! Jika perlukan nasihat dan panduan percuma email saja pada saya, akan dibantu seikhlas mungkin sebagai berkongsi pengalaman yg telah saya dan kawan2 lalui. Berhati2 kerana ramai yg akan mengambil kesempatan terhadap anda yg ingin berjaya.... tidak ada jalan pintas! Beware of the many Foxes that luv to eat your fruits of labour.

Saturday, December 1, 2012

Al Quran: Surah Al Nas

Katakan (wahai Muhammad):"Aku berlindung kepada (Allah) Pemelihara sekalian manusia. Yang Menguasai sekalian manusia. Tuhan yg berhak disembah oleh sekalian manusia. Daripada kejahatan (bisikan) syaitan yg biasa bersembunyi. Yang melemparkan bisikan dan hasutannya kedalam hati manusia. (Iaitu pembisik dan penghasut) daripada kalangan jin dan manusia. Surah Al Nas (Manusia) Ayt. 1-6. ....... Ya Allah, ya Tuhan kami! Janganlah engkau biarkan kami sebarang dosa melainkan Engkau mengampunkannya, tiada sebarang kebuntuan melainkan Engkau lapangkannya, tiada juga hutang piutang melainkan Engkau (berikan jalan untuk) menyelesaikannya dan tidak juga sebarang hajat dunia mahupun akhirat melainkan Engkau menyempurnakannya, wahai Tuhan Yang Maha Penyayang antara yg penyayang. Amin.

Friday, November 30, 2012

Jumaat 2 Jumaat

Wahai manusia! Sesungguhnya engkau telah berpenat lelah (beramal) untuk menuju Tuhanmu, maka pasti kamu akan menemuinya. .. Maka sesiapa yg diberi buku catatan amalannya disebelah tangan kanannya. Maka ia akan dihisab dengan cara yg mudah dan ringan; Dan dia akan kembali kpd kaum keluarganya (yg beriman di dalam syurga) dengan sukacita. .. Dan sesiapa yg diberi buku catatan amalannya dari sebelah belakangnya. Maka dia akan meraung menyebut yebut kebinasaannya (Binasalah aku). Dan dia akan menderita dgn pembakaran api neraka yg marak menjulang. Sesungguhnya dia semasa di dunia dahulu bergembira dikalangan kaum keluarganya (yg juga kufur ingkar). Surah Al Inshiqaq Ayt 6-13.

Saturday, November 24, 2012

Ramuan2 Kejayaan 18

Hakikatnya dalam perniagaan tetap ada persaingan. Ada persaingan yg sihat dan ada yg Jahat - yg menggunakkan taktik kotor seperti menabur fitnah memburokkan lawan, mencuri idea, mencuri pelanggan, kakitangan dll. Jaga rahsia dan maklumat perniagaan supaya tidak jatuh kepada pesaing dan sentiasa peka kepada perkembangan semasa bidang perniagaan yg anda ceburi. Bersedia untuk membuat perubahan dan penambahbaikan untuk terus bersaing dan menjadi antara yg terbaik. Jangan mudah percaya kepada yg mulut dan janjinya terlalu manis dan mudah menjanjikan yg diluar jangkauan normal.

Al Quran: Surah Al Jinn, Ayt 1-2

Katakan (wahai Muhammad): "Telah diwahyukan kepadaku bahawa sesungguhnya: satu rombongan jin telah mendengar (al Quran yg aku bacakan) lalu mereka (menyampaikan hal itu kepada kaumnya dengan) berkata ,"Sesungguhnya kami telah mendengar al Quran yg sungguh menakjubkan. Kitab yg memberi Panduan ke jalan yg benar, lalu kami Beriman kepadanya dan kami tidak sekali kali akan mempersekutukan sesuatu makhluk dengan Tuhan kami." Surah Al Jinn. Ayt 1-2.