Saturday, February 7, 2009

DAP Saman Sultan- Nak Runtuhkan Sistem Raja Berperlembagaan



Karpal Singh dengan angkohnya membuat sidang akhbar akan menyaman Sultan Perak dan Menteri Besar Perak yang baru dilantik. Kononnya dia lah yang paling arif tentang perundangan negara berbanding Tuanku yang memerintah dan pernah menjadi Ketua Hakim Negara. Tindakan adil Tuanku bukanlah susah untuk difahami dan diterima rakyat biasa tetapi susah diterima oleh pihak yang berkepentingan seperti DAP dan Pakatan Rakyat. Tidak cukup dengan mengugut Tuanku, pihak PR telah menggerakkan demostrasi ganas dijalanan berhampiran Istana Kuala Kangsar. Orang Melayu Islam yang masih berkopiah dan kain pelekat seperti dirasuk hantu merusuh dan menggempur pasukan polis yang cuba menghalang mereka daripada menghampiri Istana Raja. Mereka hilang kewarasan lalu menjadi boneka dan alat DAP untuk menentang Sultan, ketua agama negeri.

Inikah budaya songsang yang hendak diterapkan oleh PR dalam negara ini. Sedarlah wahai PAS bahawa tuan telah diperalatkan untuk mempertahankan kerajaan DAP di Perak, untuk menghina Sultan sendiri dan kaum seagama sendiri walhal bangsa lain hampir tidak nampak langsung dalam demostrasi tersebut. Lupakah tuan bahawa dari segi agama pertimbangan Sultan berlandaskan nasihat Mufti Negeri Perak yang tersohor ilmu dan keislamannya. Lupakah tuan yang DAP tidak pernah menerima agama Islam dan Hudud untuk negara ini. Sedarlah bahawa DAP tidak pernah kasih kepada tuan lebih daripada saudara seagama.


Maka terserlahlah belang sebenar DAP dan PR yang mementingkan kuasa lebih dari segalanya. Hendak diruntuhkan Sistem Raja Berperlembagaan, Demokrasi Berparlimen, Rukun Negara dan apabila mereka berkuasa nanti merekalah yang mahu menjadi Raja. Majoriti rakyat berbilang bangsa terutama Melayu melihat ini semua dan akan bermulalah kejatuhan Pakatan Rakyat yang nampaknya jauh lebih zalim dan gila kuasa dari BN.

2 comments:

Anonymous said...

"Jangan! Jangan sembah aku. Aku bukan gila disembah. Aku bukan sebagai Sultan Melaka yang mengagung-agungkan pangkat dan kebesarannya. Aku Jebat, rakyat biasa. Pangkat aku untuk kepentingan rakyat. Bergerak aku untuk membuat jasa kepada rakyat, dan aku rela mati untuk rakyat.. kerana aku mahu keadilan, keadilan. Keadilan!"

Lupa Jebat dan orang lelaki Melayu akan jadi pondan dan perempuan Melayu akan jadi mainan orang putih sekali lagi. Adakah orang Melayu sudah lupa bahawa Raja Abdullah dari Perak yang jualkan Malaysia ke British dengan Perjanjian Pangkor. Hari ini Sultan Perak jual negeri Perak ke UMNO. Besok kalau UMNO menghadapi ansaman pada kuasanya UMNO akan jual Malaysia sekali lagi. Rupanya ramai orang Melayu betul-betul mudah lupa.

DaulatTuanku!

jaflam said...

Hakikatnya Sultan Perak tidak pernah jual negeri kepada UMNO begitu juga tidak menjual Perak kepada Pakatan Rakyat 11 bulan yang lalu. Hakikatya Nizar masih tidak mahu sedar dan malu kepada diri sendiri bahawa dia sudah tidak berkuasa di Perak dan sebenarnya tidak pernah berkuasa di Perak. Dia hanyalah mainan DAP yang kini berjaya menjadikanya pederhaka kepada Sultan dan bangsa.

Seperti British,DAP dan PKR faham bahawa organg Melayu dan Raja Melayu tidak akan dapat mereka jatuhkan melainkan denggan menggunakan petualang Melayu sendiri.

Malangnya mereka lupa Raja dan orang Melayu zaman ini majoritinya tidak akan membenarkan pekara sama berulang. Kami akan bersatu dan memastikan petualang dan tok dalang hancur sebelum bumi bertuah ini dicemari.