Penjual Layang layang
Ruang angkasa Taman Tasik Cempaka, Bangi telah dipenuhi dengan ratusan layang layang pelbagai rupa dan warna yang menarik perhatian semua penggunjung tasik tersebut. Mula mula saya juga terperanjat dengan suasana yang tidak pernah berlaku di tasik tersebut. Rupa rupanya penjual layang layang telah berjaya mempromosi hobi baru untuk penduduk Bangi. Satu hobi yang amat baik untuk keluarga yang berlumba lumba menaikkan layang layang dan siapa yang paling tinggi.
Pesta ini akan bermula pada waktu petang hingga kemaghrib. Ini adalah suatu suasana yang amat meriah , indah dan damai berbanding dengan suasan di Perak yang seperti layang layang putus talinya.
Emmmm tinggi dan bergaya
3 comments:
Salam DJ,
Semasa di kampong dulu2, saya minat main layang2 ni, tetapi buatan sendiri je dan tidaklah secantik yang di dalam gambar tu. Di MMR2 berhampiran Kepong ada juga kawasan untuk bermain layang2 ni.
Salam Zabs,
Betul buat sendiri lagi seronok dan murah. Bukan murah harga layang2 tu RM 20 keatas, tapi mudahlah " beli dan main ".
Ingat dulu tali layang2 di salut dgn kaca hancur dan putuskan tali layang2 lawan.
Salaam Dato',
Pesta Layang-Layang tak rasmi di Tasik Cempaka tu sudah lama diadakan, terutamanya di hujung minggu.
Penjual layang-layang pula kini sudah mula merebak ke tempat lain di Bandar Baru Bangi ini, bukan sekadar di Tasik Cempaka sahaja. Sudah ada penjual layang-layang memperagakan produk mereka di tempat-tempat permainan yang lapang, terutamanya di hujung minggu.
Post a Comment