Friday, February 6, 2009

Nizar Derhaka - PAS terperangkap dalam mainan politik PR


Nizar ..... saya memohon derhaka kpd Tuanku


Setelah mendengar sembah hujah daripada bekas MB Datuk Seri Nizar dan ketua perhubungan UMNO Perak, Datuk Seri Najib maka Baginda Tuanku Sultan Perak yang memang arif bukan sahaja dalam memerintah Negeri bahkan dalam perundangan atas pengalaman baginda sebagai bekas Ketua Hakim Negara bertitah dengan bijaksana dan adil supaya MB meletakkan jawatan kerana telah hilang majoriti dalam dewan.


DS Nizar yang pada mulanya berkata akan akur pada titah Tuanku bertukar arah dan enggan meletakkan jawatan dan dengan sombong berkata tidak akan menurut perintah Tuanku, akan memberontak dan seru rakyat memberontak kepada Titah Tuanku. Alahai Nizar yang hanya boneka kepada tangan2 DAP dan PKR dalam memerintah Perak, insaflah dan sedarlah bahawa era pemerintahan tuan sebagai memanda menteri telah berakhir. Dilihat dari sudut mana pun kejatuhan tuan adalah disebabkan permainan pemimpin agung PR yang telah mencanangkan politik lompat parti dan tak habis habis sejak tamat PRU 12 memujuk wakil rakyat BN menyertai beliau. Sanggup hantar kumpulan gerak pujuk khas ke Taiwan dan tanpa malu dan segan memaklumkan seluruh negara dan dunia yang beliau akan berkuasa melalui proses ini.


Tak payahlah tuan hendak bersumpah memertahankan jawatan yang sudah tiada hingga ketitisan darah yang terakhir dan cuba membangkitkan amarah rakyat terhadap Tuanku. Majoriti rakyat yang waras dan rasional lebih sayangkan Tuanku dan negeri daripada tuan dan kroni2 PR. Sebenarnya rakyat telah mula bosan dengan politik pemberontak jalanan yang diilhamkan oleh pemimpin agung PR dan politik fitnah muslihat. Rakyat perlukan keamanan, pekerjaan dan pembangunan ekonomi dalam menghadapai suasana ekonomi dunia yang sedang merudum ini. Pergilah ketempat sunyi dan muhasabah diri dan insaf kepada kekurangan diri yang menyebabkan ini semua berlaku. Janganlah terus di jadikan alat oleh orang lain atau menjadi mangsa nafsu yang gila kuasa.



Datuk Dr Zambry .... MB baru


Bagi Dr Zambry dan rakan rakan yang akan diangkat memerintah Perak, jadilah pemerintah yang berjuang untuk kemajuan dan kemakmuran rakyat. Ambil iktibar dengan kejatuhan BN yang lalu kerana alpa gila kuasa dan harta dan mengenepikan kepentingan rakyat dan negeri. Kalau tuan dan rakan rakan tidak melakukan itu, maka umur pemerintahan tuan juga tidak akan kemana, mungkin tak samapi ke PRU 13.

10 comments:

Anonymous said...

Menderhaka kepada sultan yang menurut nasihat orang fasik? Dalam hal ini menderhaka kepada sultan adalah harus! Jangan sekali-kali kita bersekongkol dengan orang zalim, kelak kita dibakar api neraka. Sultan pun manusia juga, bukan nabi yang maksum sifatnya. Taat kepada sultan membabi buta adalah tanda kembali ke zaman gelap! Zaman hang tuah yang menyaksikan kejatuhan kota Melaka. Ingat perjanjian Demang Lebar Daun, raja adil raja disembah, raja zalim raja disanggah!!

jaflam said...

Dalam hal ini apa yang diputuskan oleh Sultan yang arif dalam bidang perundangan adalah jelas. Ini di akui oleh hampir semua pakar perundangan dalam negara. Tak timbul persamaan dengan sejarah Melaka dan apa yang terjadi dan di izinkan Allah tetap ada hikmahnya.

Tuah said...

Kalau Sultan adil dan benar dan kau derhaka memang padahlah akibatnya.

Anak Jati Perak said...

Kepada anonymous,
Tau ka Hang Tuah dan Demang Lebar Daun hanya metos??... bukan sejarah laa. Kalau hidup dalam dunia metos sahaja, ini lah padahnya.. tak tau mana yang benar dan mana yang salah. Melayu yang tidak berpijak di bumi nyata, yang sentiasa berangan-angan, yang tidak berzuhud..mimpi naik camry..inilah natijahnya. Pada Nuar Berahim..enuf laaa.. hang lebih baik bersara dari politik laa..orang dah menyampah dgn mimpi siang yang tak menjadi kenyataan. Ke bawah duli tuanku, sultan perak..patik bangga mempunya sultan yang arif lagi bijaksana..meskipun kedudukan tuanku tidak lah sama darjat dengan baginda Rasulullah, tetapi tuanku merupakan amir kepada kami..dan tuanku lebih baik dan bijak daripada mereka yang masih hidup dalam dunia metos yang tidak berpaksi kepada realiti sebenar. Daulat Tuanku !!!

jaflam said...

Walaupun pada zahirnya yang tumbang di Perak adalah Nizar tetap hakikat yang sebenarnya yang tumbang adalah DAP yang memerintah Perak melalui proxynya Nizar. Keangkohan DAP menyumbang besar kepada kejatuhan PR di Perak hinggakan ADUN nya sendiri tak tahan dan bertukar arah.

Amatlah sedih jika dilihat hari ini apabila sebilangan umat Islam melaungkan nama Allah semasa bertindak ganas bedemostrasi di Perak. Mereka sanggup mencela sultan dan kaum seagama semata mata hendak mempertahankan kerajaan DAP. Nampaknya ada antara kita yang tidak belajar daripada apa yang berlaku di Bangkok dan Gaza dan menghargai keamanan.

Kalau mahu menjadi pemimpin belajarlah menerima kekalahan dengan keinsafan dan muhasabah diri. Jangan hilang pertimbangan bila hilang kuasa.

Anonymous said...

ciannye anonymous 1..

apa nak bising2... cam bdk kecil kene buli ngn abg, dok menangis dan membebel sorang2 xpukul abang xberani..takot

jaflam said...

Sebenarnya tak ada niat nak buli, cuma terpanggil kerana sedih melihat kaum seagama sediri hilang kewarasan dan malu mengganas dijalan raya selepas solat Jumaat hendak mempertahankan kerajaan DAP yang tidak pernah kasih jauhlah sayang kepada kita.

Sanggup menghina Raja sendiri dan lupa bahawa laknat yang dipertahankanlah yang bercita cita nak jadi raja dinegeri ini.

Anonymous said...

suka hati je ko kata org fasik.. ko sape nak nilai org.. Sedar la pengikut yang bodoh sombong. Kesian, pak kaduk dah tentu jatuh dari junjung, luncai pula terjun dengan labu2nya... Biarkan..biarkan.. ANJING kalau menyalak bukit, bukit tak kan runtuk. Insaflah rakyat Perak, harmonikan negeri anda. Hidup Sultan Perak... Daulat Tuanku.

ara said...

Teman lahir dan besor di Bukit Chandan. Sedih nengok keadaan huru hara di tempat mainan semasa 'childhood' dulu-dulu. DAP dan PKR patut belah di negeri kesayangan teman.

BN pun patut insaf bersama agar kepentingan rakyat menjadi prioriti. Jangan pula bila dah berkuasa, kembali kepada perangai lama 'tak sedor diri' pula dgn semua khazanah negeri di isi dalam poket suku-sakat serta 'runner' masing-masing. Perangai buruk yang lama tu, kena buang dalam sungai Perak dan bawa bertaubat.


ara

jaflam said...

Salam Man,
Setuju benar dengan saranan teman, kalau perintah Sultan yang berilmu pun tak mahu dengar keluarlah dari negeri Perak dan Sang Nizar ikutlah sama tinggal kat Penang.

Bagi sebilangan kecil rakyat Perak yang hilang kewarasan nasihat teman "Kalau sesat dihujung jalan, baliklah kepangkal jalan". Bak kata P Ramleee " Buang yang keroh amabil yang jernih, baru aman seluroh negeri".