Thursday, March 26, 2009

SAYAP UMNO: KHAIRY, SHAHRIZAT & ROSNAH


..
Selesailah pemilihan sayap UMNO yang menyaksikan pertandingan sengit dimana Khairy Jamaluddin berjaya menewaskan lawan2nya disebalik konterversi dan berbagai tomahan terhadap dirinya. Shahrizat Jalil berjaya menewaskan gurunya lebih daripada 30 tahun Rafidah Aziz serta Rosnah berjaya menewaskan pertandingan 6 penjuru menjadi ketua Puteri.
..
Inilah barisan sayap UMNO yang disafkan untuk Najib. Baik atau buruknya mereka akan ditentukan oleh masa dan perjuangan. Mereka diberi peluang untuk membuktikan bahawa mereka adalah yang terbaik untuk perjuangan UMNO kepada AGAMA, BANGSA dan Negara.

......

Khairy Ketua Pemuda...Shahrizat Ketua Wanita...Rosnah Ketua Puteri
Khairy Jamaluddin Abu Bakar muncul sebagai pemenang pertandingan Ketua Pemuda UMNO dengan memperolehi 304 undi menewaskan Datuk Seri Dr Mohd Khir Toyo 254 dan Datuk Muhkriz Mahathir 232. Bagi jawatan Naib Ketua Pemuda UMNO pula, Datuk Razali Ibrahim diisytihar sebagai pemenang dengan memperolehi 417 undi menewaskan pencabarnya Datuk Reezal Merican Naina Merican. Sejurus diumum menang di lokasi mesyuarat Pemuda UMNO di Dewan Tun Hussein Onn,PWTC Khairy terus memeluk Mukhriz yang hadir sama semasa pengumuman dibuat.Dr Khir tidak ada kerana menghadiri mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO yang berlangsung waktu itu di tingkat 39 Menara Dato Onn,PWTC.Ketua Wanita pula Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil diumum sebagai ketua yang baru menewaskan penyandang Tan Sri Rafidah Abdul Aziz dengan majoriti 227 undi. Shahrizat memperolehi 507 undi manakala Rafidah 280 undi. Rafidah juga tidak hadir kerana menghadiri mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO.Keputusan diumumkan oleh Pengerusi Tetap Wanita UMNO, Tan Sri Napsiah Omar. Sementara itu, Datuk Rosnah Abdul Rashid diumum sebagai Ketua Puteri UMNO yang baru apabila memperolehi 245 undi menewaskan lima calon yang lain. Rosnah sebelum ini adalah Naib Ketua Puteri UMNO. Shahanim Yusof pula muncul Naib Ketua Puteri dengan 355 undi tewaskan tiga calon lain.- 25/3/2009

1 comment:

Anonymous said...

didn't jk knew umno loss becoz one of the reason due to him. of course his father inlaw. then of course other factors. but them is the main issues? n he still became a head of pemuda. i think thy have to do somethg quickly. ppl majority of ppl doesnt want him at all. it does not shpw a true reflection of umno supporter be it a member or non member(but they are UMNO/BN VOTER AT LARGER).
I SUSPECT NAJIB KEPT HIM BECAOZ HE CAN BE A BAD LIABILITIES AS HE WLD SWITCH PARTIES TO HIS OLD MENTOR ANWAR. That is for sure kalau dia tak dapat apa apa. after all mamak macam kj ni janji sendiri punya cita cita kena utamakan dulu dari perpaduan keutuhan umno/bn. kalau tak dpt sokongan di umno di pegi lompat ke keadilan.
org takde pendirian camni, pendirian semua nya duit...basis.
get rid of him la