Saturday, March 21, 2009

Nik Aziz & Hadi Awang: Kapal Dua Nakhoda

Nampaknya PAS menjadi sebuah kapal yang mempunyai dua nakhoda dalam isu kerajaan perpaduan yang dicadangkan oleh Hadi Awang, Presiden PAS. Walaupun cadangan tersebut adalah cadangan yang mengutamakan kepentingan Islam, Melayu dan negara lebih dari parti namun ia mendapat tentangan Nik Aziz dan juga Mahathir. Dalam keadaan politik sekarang dimana orang Melayu dan Islam sedang dipersoalkan oleh bangsa lain dengan hebat, saya melihat cadangan Hadi Awang adalah amat baik dan bertepatan dengan saranan Islam itu sendiri bahawa tidak sempurna iman seorang Islam itu jika ia tidak mengasehi saudara seagamanya dan sentiasa merapatkan siraturrahim sesama mereka. Jelas akibat fahaman politik jurang perpecahan semakin luas dan caci mencaci serta fitnah mengfitnah sesama Islam semakin berleluasa. Sebilangan kita sanggup memburukkan saudara sendiri dan mengagongkan yang kafir walaupun jelas seruan Allah untuk memilih antara kamu daripada mengutamakan orang kafir. Apabila saya amati percakapan sebilangan kawan dan ustaz politik berceramah disurau saya dapati kebencian dan racun yang dimainkan amat dashyat dan akan membunuh umat Islam itu sendiri akhirnya.
...
Mungkin Hadi Awang nampak semua ini, maka sanggup mengutarakan cadangan yang kedepan tersebut. Nik Aziz dan Mahathir masih lagi terperangkap dengan dilema lama mereka dan tidak mahu perpaduan walau pun itu yang dianjurkan dalam Islam. Mereka berdua memang pemimpin legenda tetapi sebagai manusia masih tidak sempurna dalam beberapa segi. Mahathir walaupun pemikir yang baik tetapi penuh konterversi dan bertanggung jawab juga atas apa yang berlaku sekarang ini. Begitu juga Nik Aziz yang menjadi sanjungan ramai terutama di Kelantan tidak sunyi juga dengan koterversi pandangan.
...
Jika perpaduan Islam dan Melayu dapat dicapai saya percaya ia akan membawa seribu kebaikan kepada orang islam dan negara, disamping nikmatnya akan dirasai oleh kaum lain dinegara ini. Kekalutan politik sekarag akan hilang, penumpuan kepada menangani krisis ekonomi akan lebih berkesan serta yang paling penting umat Islam tidak akan membenci sesama sendiri dan terpelihara daripada kemurkaan Allah.

Nik Aziz reminds Hadi he is captain of the ship
KOTA BARU, March 20 — Pas spiritual advisor Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat today said he was the captain of the ship (Pas) and reminded its president Datuk Seri Abdul Hadi Awang to first consult him before making any decision on forming a unity government with the Barisan Nasional.

The Kelantan Menteri Besar said he did not want "too many captains in one ship" and conflicting statements to be made as this could cause confusion among Pas members and affect the party's credibility.

Nik Aziz also reiterated his stand that he was against the idea (unity government) which received the endorsement of the top Pas leadership at its muktamar (general assembly) in Ipoh last year, but was open to discussion with Hadi on the matter.

“I as the Mursyidul Am (spiritual advisor) am like the captain, if the anchor man wants to see me for something I cannot refuse... if the oarsman wants to see me I must also entertain him. If Hadi wants to see me about it, I would be more than willing to meet him," he told reporters after opening the Kelantan-level Mapex exhibition. Nik Aziz had been asked if he was willing to meet party leaders who are for the unity government to discuss the issue.

In PASIR MAS, its MP Datuk Ibrahim Ali said he backed Hadi's call for a unity government, saying it was needed as the Malays had become increasingly disunited.
"I see Hadi also gives a lot of attention to Muslim unity ... it (unity government) is in the interest of race, religion and country," he told reporters.
He added that Pas leaders should convince Nik Aziz that the unity government was the best option for the Malays in the present circumstances.
On another matter, he said the Bar Council had ulterior motives in calling for the abolishment of the Sedition Act.
"Laws are made by Parliament and it is not for the Bar Council to question their legality," he said. — Bernama

2 comments:

Anonymous said...

Nik Aziz lebih terkehadapan dari mana2 Pemimpin PAS, lihat Kelantan dan lihat kenyataan beliau tentang konsep bumiputera!!Dan lihak sokongan rakyat dibelakang Nik Aziz dan bukan Haji Hadi.
Niat Hj Hadi amat baik tapi kaedah dan konsep dan cari idea ini amat tidak baik..bagaimana kalu DAP Gerakan MCA SAPP dan parti2 berteras Cina lain adakan Kerajaan Perpaduan? Agak2 UMNO dan PAS setuju x?Agak2 rakyat akan setuju tak..Nik Aziz adalah Nakhoda,,dan beliau mengigatkan jika hendak alihkan perjalanan Kapalnya sekurangnya bincang dulu!!Kalu tidak dia akan betulkan arah tujuan yg sepatutnya!!!

jaflam said...

Mungkin sdr betul tentang Nik Aziz dan mungkin juga Hadi Awang tidak salah dalam perhitungannya.

Hakikatnya parti bukan Melayu/ Islam ( DAP/Gerakan/MCA/SAPP etc)telah pun bersatu dalam menjatuhkan UMNO/BN. Mereka berkerjasama secara sulit dan berjaya memecahkan perpaduan Melayu/Islam dengan menggunakan bangsa itu sendiri.