Friday, March 27, 2009

Pasukan Baru UMNO: Najib, Muhyiddin, Zahid H, Hishamuddin & Shafie Apdal




TAHNIAH kepada yang menang TS Muhyidddin Yassin - Timbalan Presiden, Zahid Hamidi, Hishamuddin, Shafie Apdal - Naib Presiden dan yang lain sebagai ahli MT.
..
Ramai pemimpin besar yang kecundang termasuk Menteri, Menteri Besar dan Timbalan Menteri, itulah adat pertandingan. Harapan rakyat dan ahli UMNO barisan baru ini akan dapat membawa Malaysia kepada kejayaan yang lebih besar disamping menangani isu politik dan ekonomi yang menghantui kita.
..
Mari kita tunggu dan lihat langkah yang akan diambil oleh DS Najib bagi memastikan kecermelangan kepimpinan beliau ..... mungkin lebih hebat dari bapanya Tun Abd Razak.

MT: Yang tepat dan terkejut
Pemilihan Majlis Tertinggi UMNO yang berlangsung Khamis memperlihatkan beberapa kejutan apabila dua Menteri dan empat Menteri Besar serta tiga Timbalan Menteri kecundang. Mereka ialah Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Shahrir Samad, Menteri Pelancongan, Datuk Seri Azalina Othman Said, Menteri Besar Johor, Datuk Abdul Ghani Othman, Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob, Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Utama Mohamad Hasan dan Menteri Besar Perlis, Datuk Dr Md Isa Sabu. Manakala Timbalan Menteri yang mencuba nasib tetapi gagal ialah Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Johari Baharom, bekas Ketua Puteri UMNO yang juga Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Noraini Ahmad serta Timbalan Menteri di JPM, Datuk Hassan Malek. Sebaliknya 11 calon yang tidak mempunyai jawatan dalam pentadbiran kerajaan terpilih menduduki kerusi pembuat dasar UMNO itu. KLIK PADA TAJUK UNTUK LAPORAN LANJUT - 26/3/2009

No comments: