Wednesday, April 1, 2009

Bukit Selambau : Trend baru Pilihanraya




Demokrasi yang hidup dan segar diterjemahkan dengan 15 orang yang akan bertanding di pilihanraya kecil Bukit Selembau. Kalau Air Asia terkenal dengan mottonya " Now Everybody can Flay "kini SPR bolehlah ketengahkan motto " Semua boleh bertanding dan jadi YB".

.....

Kalau salah seorang yang bertanding atas tiket bebas kali ini menang maka sudah pasti ia akan menjadi trend bagi pilihanraya akan datang. Mak CikTua yang bertanding di Terengganu dulu membuktikan yang semua boleh bertanding jika mahu. YB Ibrahim Ali juga telah buktikan walaupun tidak terikat dengan mana mana parti dia dapat bergerak dan bersuara dengan lantang atas prinsip yang dia perjuangkan. Ini semua membuka pilihan yang luas buat pengudi yang tidak lagi terikat kepada BN ataupun Pakatan Rakyat.

...

Trend ini akan menjurus kepada ketokohan calon lebih daripada parti. Tentang buruk baiknya sama sama lah kita lihat dan kaji nanti.

.......

Seorang pemilik restoran di bandar Sungai Petani yang sedang melayan pelanggan tiba-tiba gelak mendengar berita tengahari sebuah televisyen swasta apabila pembaca berita melaporkan seramai 15 orang calon bertanding dalam pilihanraya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Selambau.“Kelam kabut, semua pakat nak jadi wakil rakyat,” ujar lelaki separuh usia itu sambil terus ketawa kecil yang menarik perhatian kira-kira 10 pelanggan yang sedang menjamu selera di kedainya itu.

1 comment:

Pak Zawi said...

Dato'
YB Berahim Ali bertanding atas tiket PAS untuk menang. Kalau atas tiket bebas Berahim tidak akan bermimpi untuk dapat title YB. Sekarang ayahnda dan bunda Berahim yang bernama Tun dah masuk UMNO dan membuka jalan bagi Berahim masuk UMNO kembali. Bebas ke dia?
Kalau pengundi diberi peluang untuk menentukan samaada dia patut jadi MP Pasir Mas, maka akan berakhirlah karier politik beliau. Orang Pasir Mas tak bangga mempunyai MP seperti ini.