Nampaknya Tok Guru Nik Aziz kekasih DAP masih lagi bersandiwara kononnya mahu berdebat dengan PM DS Najib. Setelah menyamakan UMNO dengan Komunis dan Ayah Pin, tanpa malu dan segan berhajat hendak berdebat menegakkan benang yang basah ..... kononnya PAS sahaja yang Islam dan DAP dan PKR lebih Islam daripada UMNO. Mungkin Tok Guru tua PAS ini masih menganuti pemikiran fanatik perpecahan sesama Islam seperti di Iraq, Afganistan dan Palestin dimana orang Islam sanggup berbunuhan sesama sendiri dan dijajah oleh tangan tangan kafir.
Permainan politik Nik Aziz yang jelas jauh menyimpang daripada ajaran Islam ini nampaknya mulai memakan diri dan meletakkan dirinya ketahap benci dan mual oleh rakyat biasa yang masih cintakan kedamaian negara lebih daripada politik. Apabila DAP Kedah menghentam Menteri Besar PAS di Kedah Nik Aziz senyap dan sunyi tidak berani mempertahankan kerajaan dan pendirian PAS. Masallah merobohkan pusat sembelihan babi pun tidak mahu dipertahankan apa lagi cabaran Karpal Sing supaya melangkah mayat dia dulu jika PAS hendak mendirikan negara Islam di Malaysia.
Dalam kelemahan dan keburukan UMNO dan BN yang memerintah lebih daripada 50 tahun, Islam terus berkembang dan sejahtra di Malaysia. Rakyat masih boleh hidup dengan aman damai dan negara terus maju diiktiraf dunia. PAS masih boleh hidup dan berkembang dinegara ini. Janganlah cuba menutup kelemahan diri dengan mengkafirkan sesama Islam. Majukanlah Kelantan yang tuan perintah sehingga tidak ada fakir miskin disana dan damai seperti Madinah.
Islam mementingkan kesederhanaan dan tolerasi jadi janganlah didik anak buah tuan menjadi fanatik yang tidak dapat membezakan buruk dan baik kerana taksub dengan politik.
.....
Time to talk apparently for Nik Aziz, with the PM. - Picture by Jack OoiKOTA BAHARU, July 5 — PAS spiritual leader Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat is ready to meet Prime Minister Datuk Seri Najib Razak to discuss the proposed debate between them.
The Kelantan menteri besar said the meeting, however, was not a pre-condition for the debate but more towards discussing its guideline.
Speaking to reporters at the Sultan Ismail Petra Airport here on his return from Kuala Lumpur, Nik Aziz said the official letter inviting the Najib to the debate had already been sent.
“We have not received any response yet,” he added.
Asked to comment on claims that the debate invitation was to divert attention from the collapse of the proposed unity government talks, Nik Aziz said, the call for a debate with Umno was not new.
“We have been wanting to debate with Umno since PAS’ inception in 1951,” he said.
He added that his invitation to Najib for the debate was made following a police report lodged by the Umno Youth claiming that Nik Aziz’s ceramah was seditious as he likened Umno to communism and deviant teaching.
He added that his invitation to Najib for the debate was made following a police report lodged by the Umno Youth claiming that Nik Aziz’s ceramah was seditious as he likened Umno to communism and deviant teaching.
Nik Aziz said there would be no end to the standoff between PAS and Umno if the two parties did not come face-to-face in a debate.
“I just want to ask two things — why reject Islam and embrace nationalism, and what is wrong with the policy implemented by PAS, especially in Kelantan,” he said.
4 comments:
Terasa amat kecewa dengan Pas? Adakah tuan hendak jadikan Pas sebuah parti nasionalis? Atau pacifist? Gaya-gaya tulisan tuan ada.
sdra
Apa beza PAS membentuk pakatan dengan DAP dengan UMNO(Baru) dan MCA membentuk BN?
Dari telahan saya berdasarkan tulisan sdra, UMNO(Baru) bersongkol dengan MCA tak apa. Orang lain tak boleh. Sebut pasal pemimpin MCA ni sila imbas balik dalam tahun 1987 dimana lim kim sai mempertikaikan hak keistimewaan orang melayu.
Untuk membalas tindakan itu pemuda UMNO dibawah pimpinan NTR perhimpunan di stadium TPCA kampong Baru. NTR ugut balik MCA antara yang diucap perkataan bermandi darah.
Bila situasi dah agak hot, kerajaan buat tangkapan menggunakan ISA dibawah operasi lalang. UMNO dan MCA bergaduh tetapi orang yang tak terlibat yang kena tangkap.Kebanyakannya tokoh pembangkang.
Yang dari umno kena tangkap hanya ibrahim ali dan pemimpin2 kecil seorang dua. Tetapi NTR dan lim kim sai tak kena, masih jadi menteri.
bat8
Cerita Kita,
Saya tidak kecewa tetapi sedih dan kasihan melihat perkembangan PAS dewasa ini. Mereka serupa dengan UMNO sekarang gara2 hendak mempertahankan sahabat baru. Semoga PAS terus memperjuangkan Islam tanpa mengkafirkan sesama umat Islam.
Slm Anon,
Akibat pakatan baru PAS dgn DAP dan PKR maka serupalah mereka dengan UMNO dan BN. Mufakat itu tak ada salahnya selagi mana kita tidak korbankan asas perjuangan dan tidak melakukan kesilapan sama seperti yang dilakukan oleh musuh kita.
Lihatlah apa yang terjadi di Kedah dan pernah terjadi di Selangor di mana PAS diperlekehkan oleh rakan PR. PAS harus lebih tegas dan tidak mencerminkan diri sebagai alat yang digunakan oleh DAP yang tidak pernah kasih atau ikhlas kepada Islam apatah lagi kepada bangsa Melayu.
Post a Comment