Wednesday, July 15, 2009

Manik Urai..Menang dan Kalah



65 undi memisahkan yang menang dan kalah di Manik Urai memberi pengajaran kepada PAS dan UMNO. Yang menang tetap menang dan yang kalah tetap kalah tetapi yang mengambil pengajaran dan tindakan daripada pertandingan ini akan memenangi pertandingan akan datang.

PAS perlu sedar bahawa mereka tidak kebal di negeri sendiri dan Nik Aziz bukan lagi menjadi talian hayat untuk menang pada masa hadapan. Sikap mencerca dan mencaci sesama Islam mungkin boleh diterima oleh penyokong tegar PAS tetapi pada amnya rakyat ramai tidak boleh menerima cara ini dijadikan cara berkempen. Perbuatan mengkafirkan sesama Islam akan membawa padah kepada parti itu jika ia diteruskan memandangkan ia merupakan kawan karib DAP dewasa ini. PAS perlu membuktikan bukan sahaja mereka membangunkan syiar Islam tetapi juga sosio- ekonomi masyarakat Islam terutama dinegeri yang mereka perintah. Kemunduran bukan lagi satu pilihan dan pemimpin perlu keluarkan rakyat daripada belenggu kemiskinan disamping meningkatkan iman dan taqwa mereka.

UMNO pula perlu sedar bahawa mereka masih belum cukup kuat dan perlu berkerja lebih keras untuk memenangi kepercayaan rakyat. Walaupun banyak tindakan baik yang telah di ambil oleh PM Najib tetapi ia belum lagi menggambarkan keikhlasan yang sebenar. Masa diperlukan bagi membuktikan bahawa UMNO dan BN ikhlas dalam memperjuankan nasib dan keperluan rakyat. Mereka perlu membuktikan yang sikap mementingkan diri dan gaya hidup terlebih mewah yang mereka anuti telah berkubur. Laungan Satu Malaysia, rakyat didahulukan dan pencapaian diutamakan akan hanya diterima rakyat apabila segala tindakan dan pentadbiran kerajaan benar benar mencerminkan selogan tersebut. Segala kekayaan negara dan diri hendaklah digunakan untuk kepentingan rakyat dan negara bukan untuk bermegah diri atau membina istana tanpa penghuni.

Majoriti rakyat negara ini berpelajaran dan tidak buta hati dan perasaan atau taksub dengan kempen murahan dan fanatik selamanya. Dalam zaman IT dan Teknologi ini segala maklumat dihujung jari dan rakyat hendaklah didedahkan dengan ilmu penilian maklumat yang baik dan sihat. Apabila ini dapat diterapkan maka segala keputusan yang dibuat akan bersandarkan kepada fakta betul. Ia akan menjana keputusabn tepat yang membantu kepada kesejahtraan rakyat dan negara.

3 comments:

Pak Zawi said...

Dato'
UMNO boleh menang jika orang UMNO Kuala Krai bersatu. Ada orang UMNO bersendiwara dan mereka ingin melihat UMNO kalah.

jaflam said...

Salam Zawi,
Begitulah ragam manusia suka bersandiwara. Bagus jugak UMNO kalah supaya mereka terus kerja kuat dan berubah.

Anonymous said...

Saya tak suka amik port in politics... but there's juz' one thing... Mundurkah Kelantan?? Kelantan mungkin x byk pembangunan dari kerajaan sendiri, tapi mostly bangunan-bangunan di kelantan adalah hakmilik personal rakyat Kelantan... Org Kelantan mungkin pakai kereta lama, kecik, umur lebih 20thn, tapi rumah besar tanah besar adalah hakmilik sendiri.. Tak ramai yang menyewa, even kereta baru, ramai yang beli secara cash...

Saya hairan bila orang kata, Kelantan nie mundur... Mundurkah negeri Kelantan??