Tuesday, January 5, 2010

Kelantan Yang Semakin Berkocak

Nampaknya Kelantan yang selalunya aman semakin berkocak dengan pelbagai isu yang sepatutnya tidak membebani negeri tersebut. Dalam masa kemelut Menteri Besar dan menantunya sudah nampak penyelesaianya timbul pulak isu Sultan Kelantan dan anak anaknya. Menteri Besar buat pengumuman tentang keadaan Sultan, Tengku Temenggung pun buat kenyataan media menyangkal laporan MB. Dalam masa yang sama kedua dua anak sultan nampak berlaga angin, macam berebut takhta pulak.
.
Sultan masih hidup dan Pemangku Sultan pun ada, tak payahlah bergaduh sesama sendiri. Mereka sepatutnya lebih banyak baca Quran dan Yassin sambil mendoakan Sultan cepat sembuh dan negeri Kelantan sentiasa dilindungi Allah. Cukup cukuplah bergaduh sesama sendiri ...... hentikan kerja tidak berfaedah dan fokus kepada menjaga agama, bangsa dan negara.

No comments: