Tuesday, January 12, 2010

Syabas Sultan Selangor

Saya ucapkan syabas kepada DYMM Sultan Selangor yang sentiasa terkedepan dalam bertitah mengenai isu semasa. Titah Tuanku yang jelas mengenai penggunaan kalimah Allah dinegeri Selangor amat dihargai oleh umat Islam dan juga pengikut Kristian yang cintakan kedamaian. Semoga Raja Raja Melayu lain akan mengikut sama langkah proaktif yang diambil oleh Tunaku dan Yang Di Pertuan Agong dalam isu ini. Bagi pemimpin2 murahan janganlah cuba menangok diair yang keruh dan cuba membakar perasaan rakyat. Hentikan menuding jari kerana sembilan lagi jari menuding kepada saudara. Janganlah cuba menyalahkan umat Islam yang mempertahankan kesucian nama Allah dan agama Islam itu sendiri. Bagi mereka2 yang tidak bertanggung jawab hentikan kerja bodoh membakar rumah ibadat, biarlah kita berjuang secara Islam tanpa memudaratkan orang lain. Bagi pengikut kristian katolik hentikan provokasi terhadap Islam kerana perbuatan kalian akan membawa lebih keburukan dan kehancuran daripada kebaikan. Semoga apa yang berlaku sekarang ini menyedarkan kamu semua dan mulalah berterima kasih atas tolerasi umat Islam kapada kalian selama ini.
.
Titah Baginda itu adalah selaras dengan fatwa Majlis Fatwa Kebangsaan dalam mesyuaratnya yang ke-82 pada 5 Mei, 2008 yang berbunyi:
.
“Lafaz Allah merupakan kalimah suci yang khas bagi agama dan umat Islam dan ia tidak boleh digunakan atau disamakan dengan agama-agama bukan Islam lain. Oleh itu wajib bagi umat Islam menjaganya dengan cara terbaik dan sekiranya terdapat unsur-unsur penghinaan atau penyalahgunaan terhadap kalimat tersebut, maka ia perlu disekat mengikut peruntukan undang-undang yang telah termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.”

No comments: