Saturday, February 28, 2009

Pak Lah toll hike break dance



While everybody welcomed the deferment of the toll hike but the earlier decision to increase it was really a stupid one. I would have thought the Government has learned its lesson from the petrol hike that made the rakyat furious and later needed to be lowered due to the slump in global crude oil price. You don’t need to be an economist or strategist in realizing that the proposed increased in toll is counterproductive in current financial crisis. Making a decision that has to be reversed in just a couple of days by giving lame excuses is just not on for a government. It implied that the Government could not see or predicts beyond the horizon or for that matter under its nose.


I foresee there is another stupid decision that going to drag the government further in its popularity. Despite almost everybody that matters is now going against the teaching of science and mathematics in English the government especially Datuk Hishamuddin the education minister is still defending the flop program. For God sake listen to the people and admit it when you have failed. You don’t need to be a Professor in Science or English to realize that speaking English has nothing to do with teaching other subjects in English. When you are supposed to solve the problems of poor English don’t burden the children and teachers with learning other subjects in English. Just make them speak and write good English full stop.


Of course in the end they have follow the tide and rakyat wish but not after making a fool of themselves.

Thursday, February 26, 2009

KARPAL KING - THE BIADAP SINGH


Little Karpal King ........ defending daddy king

After threatening to sue the Sultan of Perak finally the big headed Karpal Sigh declared that he is the King - “Singh is King ". He is one of the biggest culprit in this country that should not be treated with kindness what more grace. The confrontation by pemuda UMNO Selangor towards him at Dewan Rakyat today is justified and in fact need to be intensified until he retracts his words of calling pemuda UMNO celaka and declaring himself as king.

I hope the majority of Malays and Muslims in this country will realized now the true color of Karpal Singh and DAP in championing justice for Rakyat. This is the people that would turned this country upside down if given full power and proclaimed themselves as King.

Saturday, February 21, 2009

Saigon Lovely City


Opera ... Saigon landmarks


Saigon Square ....... cheap goods of all kinds
UPDATED : 22/2/09
I am in Ho Chi Min City @ Saigon now and have been here for the past few days. So much changes here since my last visit in 2004. There was the new airport and many new buildings in the city of 20 millions people (declared about 10 million only). The city was vibrant and alive as usual and I love it. It does not looks like a former communist country that many would imagine. It is far from the democracy system that many countries preached but then they are happy with their system and progressing like any free developing country. I won’t be surprised they will over take many countries including Malaysia in the near future in economic development.

Thouands of bikes but no accident

The messy politics fiasco that burdening Malaysia, Thailand Philippines and Indonesia was clearly in absence here. You see plenty of trees and parks in the city that is full of motorbikes ( millions of them ). Surprisingly there is no “ Mat Rempit “ here, in fact I think we should penalized our Mat Rempit by sending them here to learn about riding a motorbike in a safe manner. The roads are very wide with spacious walkway pavements but the shop lots are rather small in comparison to Malaysia. Nevertheless very functional and well decorated.

More to write and photos to share but that will come after this. I need to go for my breakfast and visits all the galleries in Saigon.
Wide roads and pavements with lots of trees
Mesjid Jamek Saigon more then 200 yrs old
Girls of the Ben Thanh Market ... very cheap goods here
Simple gallery .... very cheap paintings
One of top gallery in Saigon
Art collectors and lovers haven
Ipa- Nima, Vietnamese Internatioal Brand
Shops and more shops
Traditional Vietnamese Musicians
Shereton Saigon.... my hideout for the trip

Saturday, February 14, 2009

DAP & NIZAR YANG MASIH BIADAB

Lim Guan Eng masih mempertahankan tindakan DAP dan Nizar yang tidak mahu menerima keputusan Sultan Perak setelah hilang majoriti dalam Dewan Undangan Negeri Perak. DAP hilang kuasa di Perak akibat mainan politik "lompat katak"yang diterajui oleh pemimpin agung PR Anwar Ibrahim. Mereka bercakap seperti Raja mahu Sultan mengikut kehendak mereka dan berselindung disebalik Mahkamah kononnya.

Bayangkanlah jika pemimpin seperti ini berkuasa sepenuhnya, keadilan rupa mana yang akan mereka anuti. Bagi yang masih kabur penglihatan dan hati, lihatlah ke negeri jauh di selatan, apa dah jadi pada Melayu dinegeri itu. Lihatlah lebih jauh daripada pandagan mata, baca apa yang TERSIRAT dan bukan yang TERSURAT daripada mereka ini.

Jangan terlena dengan sandiwara mereka hingga negara tergadai. Bangunlah Raja Raja Melayu, pemimpin dan rakyat yang cintakan kesejahtraan dan keharmonian, bersama kita tentang penderhaka ini.

KENYATAAN AKHBAR KHAS PENEGASAN TERHADAP PERGOLAKAN POLITIK YANG BERLAKU DI NEGERI PERAK DARUL RIDZUAN Perkembangan politik, peristiwa demonstrasi jalanan serta pertelingkahan antara pelbagai pihak, bersabit dengan pelantikan kerajaan baru negeri Perak baru-baru ini, yang sehingga membawa pada beberapa gelagat biadab terhadap DYMM Paduka Seri Sultan Perak, Sultan Azlan Shah, amat mendukacitakan dan mengecewakan beta Perkara ini lebih-lebih lagi dirasai oleh beta kerana DYMM Paduka Seri Sultan Perak adalah ayahanda saudara beta. Malah, keluarga diraja kedua-dua buah negeri ini mempunyai sejarah pertalian yang erat sehingga hari ini.

DYMM Paduka Seri Sultan Azlan Shah yang beta kenali adalah seorang tokoh yang tinggi ilmu serta pengalaman perkhidmatan perundangan dan kehakiman baginda, sesuai dengan kedudukan baginda sebelum ini sebagai mantan Ketua Hakim Negara. Baginda dan keluarga baginda juga mempunyai latar belakang serta kelayakan keilmuan yang cemerlang dan sangat peka pada kepentingan rakyat jelata, sehinggakan kebanyakan tindakan baginda akan bersandarkan pada budaya ilmu, pertimbangan syumul serta amalan bermusyawarah bersama pakar-pakar dalam mana-mana satu isu yang bersabit. Apa yang kita dapat saksikan yang telah dan sedang berlaku semenjak minggu lalu di negeri Perak amat membimbangkan sesiapapun yang mengaku mencintai agama, bangsa, negara Malaysia, kestabilan, kesejahteraan, kemajuan, keselamatan dan masa depan kita bersama. Kejahilan terhadap peruntukan undang-undang negeri dan persekutuan, ketaksuban terhadap pihak-pihak tertentu, kehilangan pertimbangan ketika emosi terganggu, keangkuhan yang membutakan diri terhadap hak dan kuasa DYMM Paduka Seri Sultan Perak, kebiadaban sebagai anak watan negeri Perak dan warga negara Malaysia serta mudahnya golongan-golongan tertentu terpedaya dengan budaya “mob" amat memalukan. Bak kata pepatah, ketika peristiwa sebegini berlaku, “barulah kita kenal siapa kaca siapa permata”. Malah dapat juga kita menyelami jati diri pihak-pihak tertentu yang “marahkan nyamuk, kelambu yang dibakar”.
Beta ingin menasihati dengan penuh keikhlasan dengan mengambil kira kepentingan masa depan agama, bangsa dan negara tercinta kita. Janganlah kita mudah terpedaya dengan gelagat serta tindakan yang hanya akan mencemarkan martabat kita, mengundang risiko yang tinggi terhadap kemajuan kita, serta menghakis asas-asas kedaulatan negara ini dengan sifat-sifat keji seperti biadab, derhaka, angkuh, jahil ilmu dan kemaruk kuasa. Kegawatan ekonomi yang semakin meruncingkan di peringkat global dan serantau menuntut kita supaya memantapkan perpaduan sesama kita walaupun ada perbezaan pendirian. Jangan sehingga nasi menjadi bubur, di mana terlajak kata boleh dimaafkan, tetapi terlajak perbuatan mungkin akan mengundang bencana.
Kepada mereka yang telah berkali-kali mencabar hak, peranan serta kedudukan yang telah dijamin melalui Perlembagaan Persekutuan, termasuk peranan institusi raja-raja, maka beta ingin menasihatkan supaya rakyat menggunakan pertimbangan dari akal fikiran yang waras sebelum mengambil sebarang tindakan.

Beta terus mendoakan agar Allah SWT akan terus memelihara kita bersama dan menganugerahkan kita dengan hati yang terang, jiwa yang tenang, fikiran yang tajam, perjalanan yang mudah, tindakan yang betul, perhubungan yang harmonis serta waja diri yang unggul untuk mengemudikan negara kita secara bersama dalam mengharungi proses kemajuan seterusnya. (DULI YANG MAHA MULIA SULTAN SHARAFUDDIN IDRIS SHAH ALHAJ) SULTAN SELANGOR 13 Februari 2009

Thursday, February 12, 2009

Karpal DERHAKA Terperangkap : Pakatan Rakyat MENJUNAM


Bangun dan tentang penderhaka & penjajah moden

Setelah bertindak hendak menyaman dan menghina Tuanku Sultan Perak, Karpal Singh yang kini terperangkap dengan kebangkitan kemarahan rakyat meminta Sultan Perak menyelamatkan dirinya. Anehnya peguam tersohor seperti dia tidak tahu yang Sultan tidak bertitah kepada manusia sepertinya atau mungkin dia menggunakan kesempatan itu untuk menghentam Sultan yang tidak boleh menjawab.

Karpal berkata, apa yang berlaku boleh dielak daripada terus menjadi lebih buruk jika Sultan Azlan Shah tampil dan membuat kenyataan terbuka baginda tidak boleh disaman. Apa yang keluar sebelum ini telah disalahertikan, saya tidak boleh dipenjara malah ia bukan hasutan dan Sultan pun mengetahui apa yang saya lakukan adalah betul.

Kenapa mesti Sultan menyelamatkan penderhaka yang sepatutnya dihukum dan dibuang negeri atas kebiadapan dan kesombongannya. Dia maseh tidak sedar atau segaja tidak mahu sedar yang perbuatannya itu turut menghina orang Melayu dan seluruh rakyat negara ini. Kebangkitan rakyat terhadap Karpal harus diteruskan sehingga dia mendapat balasan yang setimpal dengan perbuatannya itu. DAP, PAS dan PKR yang sengaja mencabar kuasa Sultan dan sistem Raja Berpelembagaan juga harus ditentang rakyat yang cintakan keamanana dan kedaulatan negara ini. Nampaknya mereka tidak faham dengan sikap tolerasi rakyat selama ini dan hanya dapat diajar dengan tidakan tegas daripada rakyat dan kerajaan. Mereka lebih rela negara ini hancur seperti Thailand, Iraq dan Afghanistan daripada menerima kenyataan dan hidup tanpa kuasa. Memang senang menuding jari kepada BN tetapi kenyataanya sembilan jari lain menunjuk kepada mereka apabila berkuasa.

Bagi Nizar yang maseh derhaka, lihatlah siapa yang ada disekeliling saudara! Kalau tidak malu kepada rakyat malulah pada diri sendiri, tidak pernah saya lihat pemimpin Melayu yang seburuk saudara. Saudara telah berjaya menggubah tanggapan baik majoriti rakyat Islam negara ini terhadap PAS. Berpijaklah dibumi nyata yang saudara tidak pernah berkuasa di Perak melainkan sebagai proxi DAP dan ehsan Tuanku Sultan dahulu.
Antara Raja dan Karpal yang belagak seperti Raja

Tuesday, February 10, 2009

Pesta Layang Layang @ Tasik Cempaka Bangi


Penjual Layang layang

Ruang angkasa Taman Tasik Cempaka, Bangi telah dipenuhi dengan ratusan layang layang pelbagai rupa dan warna yang menarik perhatian semua penggunjung tasik tersebut. Mula mula saya juga terperanjat dengan suasana yang tidak pernah berlaku di tasik tersebut. Rupa rupanya penjual layang layang telah berjaya mempromosi hobi baru untuk penduduk Bangi. Satu hobi yang amat baik untuk keluarga yang berlumba lumba menaikkan layang layang dan siapa yang paling tinggi.

Pesta ini akan bermula pada waktu petang hingga kemaghrib. Ini adalah suatu suasana yang amat meriah , indah dan damai berbanding dengan suasan di Perak yang seperti layang layang putus talinya.


Siap dengan tali dan demo terbang layang


Satu keluarga kerjasama naikkan layang layang

Emmmm tinggi dan bergaya


Layang layang atas pokok


Layang layang terbang melayang ...


Ratusan pengunjung nikmati pesta layang layang


Kalau penat mendongak ke langit ..... tengok bolasepak


Komplek beli belah PKNAS Bangi

Saturday, February 7, 2009

DAP Saman Sultan- Nak Runtuhkan Sistem Raja Berperlembagaan



Karpal Singh dengan angkohnya membuat sidang akhbar akan menyaman Sultan Perak dan Menteri Besar Perak yang baru dilantik. Kononnya dia lah yang paling arif tentang perundangan negara berbanding Tuanku yang memerintah dan pernah menjadi Ketua Hakim Negara. Tindakan adil Tuanku bukanlah susah untuk difahami dan diterima rakyat biasa tetapi susah diterima oleh pihak yang berkepentingan seperti DAP dan Pakatan Rakyat. Tidak cukup dengan mengugut Tuanku, pihak PR telah menggerakkan demostrasi ganas dijalanan berhampiran Istana Kuala Kangsar. Orang Melayu Islam yang masih berkopiah dan kain pelekat seperti dirasuk hantu merusuh dan menggempur pasukan polis yang cuba menghalang mereka daripada menghampiri Istana Raja. Mereka hilang kewarasan lalu menjadi boneka dan alat DAP untuk menentang Sultan, ketua agama negeri.

Inikah budaya songsang yang hendak diterapkan oleh PR dalam negara ini. Sedarlah wahai PAS bahawa tuan telah diperalatkan untuk mempertahankan kerajaan DAP di Perak, untuk menghina Sultan sendiri dan kaum seagama sendiri walhal bangsa lain hampir tidak nampak langsung dalam demostrasi tersebut. Lupakah tuan bahawa dari segi agama pertimbangan Sultan berlandaskan nasihat Mufti Negeri Perak yang tersohor ilmu dan keislamannya. Lupakah tuan yang DAP tidak pernah menerima agama Islam dan Hudud untuk negara ini. Sedarlah bahawa DAP tidak pernah kasih kepada tuan lebih daripada saudara seagama.


Maka terserlahlah belang sebenar DAP dan PR yang mementingkan kuasa lebih dari segalanya. Hendak diruntuhkan Sistem Raja Berperlembagaan, Demokrasi Berparlimen, Rukun Negara dan apabila mereka berkuasa nanti merekalah yang mahu menjadi Raja. Majoriti rakyat berbilang bangsa terutama Melayu melihat ini semua dan akan bermulalah kejatuhan Pakatan Rakyat yang nampaknya jauh lebih zalim dan gila kuasa dari BN.

Friday, February 6, 2009

Nizar Derhaka - PAS terperangkap dalam mainan politik PR


Nizar ..... saya memohon derhaka kpd Tuanku


Setelah mendengar sembah hujah daripada bekas MB Datuk Seri Nizar dan ketua perhubungan UMNO Perak, Datuk Seri Najib maka Baginda Tuanku Sultan Perak yang memang arif bukan sahaja dalam memerintah Negeri bahkan dalam perundangan atas pengalaman baginda sebagai bekas Ketua Hakim Negara bertitah dengan bijaksana dan adil supaya MB meletakkan jawatan kerana telah hilang majoriti dalam dewan.


DS Nizar yang pada mulanya berkata akan akur pada titah Tuanku bertukar arah dan enggan meletakkan jawatan dan dengan sombong berkata tidak akan menurut perintah Tuanku, akan memberontak dan seru rakyat memberontak kepada Titah Tuanku. Alahai Nizar yang hanya boneka kepada tangan2 DAP dan PKR dalam memerintah Perak, insaflah dan sedarlah bahawa era pemerintahan tuan sebagai memanda menteri telah berakhir. Dilihat dari sudut mana pun kejatuhan tuan adalah disebabkan permainan pemimpin agung PR yang telah mencanangkan politik lompat parti dan tak habis habis sejak tamat PRU 12 memujuk wakil rakyat BN menyertai beliau. Sanggup hantar kumpulan gerak pujuk khas ke Taiwan dan tanpa malu dan segan memaklumkan seluruh negara dan dunia yang beliau akan berkuasa melalui proses ini.


Tak payahlah tuan hendak bersumpah memertahankan jawatan yang sudah tiada hingga ketitisan darah yang terakhir dan cuba membangkitkan amarah rakyat terhadap Tuanku. Majoriti rakyat yang waras dan rasional lebih sayangkan Tuanku dan negeri daripada tuan dan kroni2 PR. Sebenarnya rakyat telah mula bosan dengan politik pemberontak jalanan yang diilhamkan oleh pemimpin agung PR dan politik fitnah muslihat. Rakyat perlukan keamanan, pekerjaan dan pembangunan ekonomi dalam menghadapai suasana ekonomi dunia yang sedang merudum ini. Pergilah ketempat sunyi dan muhasabah diri dan insaf kepada kekurangan diri yang menyebabkan ini semua berlaku. Janganlah terus di jadikan alat oleh orang lain atau menjadi mangsa nafsu yang gila kuasa.



Datuk Dr Zambry .... MB baru


Bagi Dr Zambry dan rakan rakan yang akan diangkat memerintah Perak, jadilah pemerintah yang berjuang untuk kemajuan dan kemakmuran rakyat. Ambil iktibar dengan kejatuhan BN yang lalu kerana alpa gila kuasa dan harta dan mengenepikan kepentingan rakyat dan negeri. Kalau tuan dan rakan rakan tidak melakukan itu, maka umur pemerintahan tuan juga tidak akan kemana, mungkin tak samapi ke PRU 13.

Wednesday, February 4, 2009

PERAK Porak Peranda- PR Tumbang ?

Alahai PKR - Senjata Makan Tuan
Nampaknya senjata yang digunakan oleh PKR dan PR untuk menjatuhkan BN mula memakan diri sendiri. Maka terjerit jeritlah pemimpin2 PR melaungkan " foul play " apabila permainan yang mereka mulakan mula menjerat diri sendiri di Perak. Semua dipersalahkan SPR, BN, Polis, Adun mereka yang bertukar arah .................. semuanya salah melainkan diri mereka sendiri. Wal hal jawapan kepada kemelut sekarang ada pada diri mereka sendiri yang tidak bershukur apabila diberi kemenangan yang sedikit. Mungkin kalau Tuanku Sultan Perak tidak berkenan kepada permintaan mereka maka Tuanku pula yang akan dipersalahkan.

****************************************************************
Hari ini adalah satu hari yang amat panjang bagi pemimpin negeri Perak yang sedang berpaut didahan yang rapuh. Bagi pemimpin UMNO dan BN anda boleh tersenyum tetapi jangan cepat ketawa besar kerana permainan politik tanpa etika baru bermula. Keadaan akan bergelora dan berkocak sebelum datang ketenangan dalam politik negeri Perak dan penyakit ini mungkin akan merebak seperti virus kenegeri yang rapuh seperti Selangor.

Jangan Main Api Nanti Membakar Diri Sendiri !


Feb 4, 2009PUTRAJAYA: Kerajaan Pakatan Rakyat Perak yang berusia 11 bulan tumbang dengan empat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) keluar dari pakatan. Sekarang Barisan Nasional (BN) mempunyai kapasiti untuk membentuk kerajaan negeri yang baru. Dari empat yang keluar hari ini termasuk ADUN Bota, Datuk Nasarudin Hashim yang kembali menyertai Umno. Pada 25 Januari lalu, Nasarudin mengambil keputusan keluar daripada Umno untuk menyertai Parti Keadilan Rakyat (PKR). Tiga yang lain akan bertindak sebagai wakil rakyat bebas dan akan menyokong BN dari luar.

Perak PKR, DAP defectors surprise appearance at Najib's officeBy : NST Newsdesk
Email to friend Print article
addthis_pub = 'nstonline';

PUTRAJAYA, Wed:
Bota Assemblyman Nasarudin Hashim, who defected from Umno to PKR last month, made a surprising appearance at the office of Datuk Seri Najib Razak here in Putrajaya. Also making a surprise appearance is the DAP Jelapang assemblyman Hee Yit Foong. The two so-called independent assemblymen who quit PKR, Behrang assemblyman Jamaluddin Mohd Radzi and Changkat Jering assemblyman Mohd Osman Mohd Jailu, have also appeared at Najib’s office.
Perak Menteri Besar Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin claimed to have an explanation for Nasarudin's appearance in Putrajaya: he claimed the Bota assemblyman was "taken" from his house in Ipoh by two BN assemblymen supposedly to meet Raja Muda Raja Dr Nazrin Shah in Kuala Lumpur this afternoon.Nizar also claimed that Nasarudin, who defected to PKR last week, was "abducted" by these people to meet Najib.Nasarudin had announced his defection to the PKR on Jan 25 while Jamaludin and Osman claimed they have left PKR after being treated as outcasts. Prior to today's appearance in Putrajaya, the duo had deemed themselves as independent assemblymen.Najib is scheduled to give a press conference any moment now to declare that the Barisan Nasional has secured the necessary number of assemblymen to form a new Perak state government.


Witht defections Jamaludin, Osman and Hee, and the re-defection of Nasarudin, the BN now has 31 seats against PR's 28, which means the political pendulum has swung to BN's favour. This clashes with Nizar's intent to seek the dissolution of the Perak state assembly when he has an audience with the sultan of Perak at 5pm.It is now a question of who will prevail with the Sultan of Perak: the BN with the required numbers to form a new state government or the Pakatan Rakyat, which has lost the numbers but wants a snap state election.


INSIDER
Nizar to meet Sultan at 5pm
UPDATED 3pm
By Adib Zalkapli and Shannon Teoh


IPOH, Feb 4 — Perak Mentri Besar Datuk Seri Nizar Jamaluddin has obtained an appointment to meet Sultan Azlan Shah at 5pm today in an attempt to head off attempts by the opposition Barisan Nasional to form a new state government.


Nizar will seek the Sultan's consent to dissolve the state assembly amid swirling rumours more Pakatan Rakyat assemblymen are defecting to BN, on top of the three who have turned independent. BN is expected to make an announcement this afternoon offering to form a new state government in Perak.


Deputy Prime Minister Datuk Seri Najib Razak has called for a press conference in Putrajaya today at 4pm, and speculation is rife that he will be making the announcement on behalf of BN.
A number of senior BN assemblymen are already making their way to Putrajaya.
It is not clear when BN officials will seek an audience with the Sultan.


Earlier, political circles were buzzing with talk that Sultan Azlan Shah had asked Nizar to form a unity government amid swirling rumours that deputy state speaker Hee Yit Foong has also turned independent. If her move is confirmed, the Jelapang assemblywoman joins two PKR state assemblymen who have declared themselves independent and makes Nizar's administration a minority government. The Pakatan Rakyat government now holds 29 seats to Barisan Nasional's 27 in the 59-seat assembly.


Nizar has also delayed a press conference scheduled at 1pm which had given rise to speculation that he would dissolve the state assembly.The menteri besar is hoping to be granted an audience with the Sultan this afternoon to seek consent for the state assembly to be dissolved and pave the way for snap polls. The PR alliance of PKR, Pas and DAP are confident of winning fresh polls with a bigger mandate.


The BN coalition is hoping, however, to be able to secure the support of the three renegade PR lawmakers who have now turned independent to form the government. With their backing, BN will hope to attract even more PR lawmakers to defect. Constitutional experts have said calling for snap polls is the only way out of the Silver State's political quagmire with the Election Commission refusing to call for by-elections in Behrang and Changkat Jering. The Pakatan Rakyat government has already given the Election Commission 48 hours from yesterday to reverse its decision.



KL Pos


Pakatan makin cemas, Adun Bota 'corner baring', lompat balik ke Umno04 Feb 2009 3:04PM
PUTRAJAYA: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bota, Datuk Nasaruddin Hashim yang keluar dari Barisan Nasional (BN) Sabtu lalu, dijangka kembali ke pangkuan UMNO hari ini.
Pengumuman mengenainya akan dibuat petang ini.

Monday, February 2, 2009

Hearld Catholic LAKNAT : Cabar ISLAM dan MELAYU

Sifat kurang ajar dan biadap Hearld Catholic menggunakan perkataan Allah dalam edisi bahasa Melayunya dan membawa kes itu ke mahkamah setelah dibantah oleh Kementerian Dalam Negeri dan Jabatan Hal Ehwal Islam serta orang ramai adalah satu perbutan yang mencabar umat Islam negara ini. Belumpun mahkamah membuat keputusan mereka masih mendesak dan keras kepala untuk terus menggunakan perkatan tersebut.

Syabas kepada beberapa pemimpin dan ulama Islam yang bangun dan lantang menentang kebiadapan Hearld Catholic:

Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi : Memberi amaran keras agar jangan dicabar kesabaran umat Islam yang akan bersatu dan bangun menentang kesucian Agama Islam.

Prof. Datu Paduka Dr. Mahmod Zuhaidi Abdul Majid - Pensyarah Jabatan Fiqah dan Usul UIAM
Kita sanggup bangkit mempertahankan hak ini dan Allah sendiri mewajibkan kita berjuang sekiranya kesucian Islam dicemari. Jangan Sentuh semangat jihad kita.
Datuk Seri Mohd Tamyes Abd Wahid: Mufti Selangor
Sepatutnya mereka faham perkataan Allah itu tidak digunakan kerana perkataan itu adalah khusus kepada agama Islam sahaja dan ia merujuk kepada Tuhan Yang Maha Esa.
Tan Sri Syaikh Ismail Muhammad : Imam Besar Mesjid Negara
Nama Allah bukan sewenang-wenangnya boleh digunakan. Ini kerana Islam merupakan agama yang suci dan tindakan Herald Catholic ini mempersendakan Islam perlu diambil tindakan tegas.
Datuk Dr Mamor Osman: Setiausaha Agun Persatuan Pngguna Islam M'sia.
Kerajaan perlu bertgas dalam hal ini dengan mengambil tindakan undang undang keatas akhbar itu dan jika perlu gunakan Akta Keselamatan Dalam Negeri.
Walaupn kita tidak diasak degan bom berangkai Israel seperti di Gaza tetapi umat Islam dinegara ini diasak dengan usaha meruntuhkan akhlak dan akidah secara subsersif dan akhir akhir ini secara terang terang. Kenapa ini berlaku? Mungkinkah kelemahan dan perpecahan pemimpin Islam dewasa ini ditakrifkan sebagai kejayaan musuh Islam dan peluang bagi mereka menyerang dan seterusnya menghancurkan kita. Adakah ia akibat kelekaan dan kerakusan pemimpin Islam dalam mengejar kuasa, pangkat dan harta mengakibatkan mereka alpa dan sanggup menjual Agama dan Bangsa.
Demi masa manusia itu adalah didalam kerugian melainkan yang berpesan pesan dengan pekara kebaikan dan yang mempertahankan Islam dibumi Allah ini. Janganlah digadaikan Islam dengan pulangan yang amat sedikit lagi merugikan.
Sedarlah dan bangunlah wahai pemimpin dan umat Islam dan pertahankanlah hak kita. Bagi pemimpin yang tidak mampu mempertahankan Islam dan Bangsa berundurlah, bagi yang selama ini melaungkan selogan Islam dalam perjuangan dan parti insaflah dan pertahankan Islam, jangan masih khayal dalam pelukan kafir.