Tuesday, March 24, 2009

Pemuda UMNO: Yang Mana Satu Pilihan Anda!!! Mukhriz, Khir, Khairy



Masa bercakap dan berkempen dah hampir tamat, maka yang mana satu kah menjadi pilihan perwakilan Pemuda UMNO untuk memimpin mereka kedepan. MUKHRIZ, KHIR TOYO atau KHAIRY???? Semuanya mempunyai track record yang tersendiri dan gaya pimpinan yang berlainan. Mukhriz lantang dan gentleman, Khir Toyo lantang, berpengalaman dan berani turun padang jadi pemimpin jalanan dan Khairy lantang tapi ramai orang tak dengar cakap dia!

..
Kalau salah pilih Pemuda akan menjadi beban kepada UMNO tetapi jika yang terpilih itu tepat ia akan menjadi aset utama kebangkitan semula UMNO.



Apakah Pemuda berani berubah? Oleh: ROSLAN BIAN
Mengambilkira tiada lagi keputusan mengejut Lembaga Disiplin UMNO mengugurkan calon yang akan bertanding dalam pemilihan parti itu bermakna nasib tiga calon bagi jawatan Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia akan ditentukan perwakilan Pemuda pada pengundian Rabu.Selepas tempoh berkempen yang panjang, Datuk Mukhriz Mahathir, Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo dan Khairy Jamaluddin sudah memperlihatkan kewibawaan masing-masing bagi membawa sayap parti UMNO itu mengharungi cabaran lebih getir ketika parti itu kini berdepan krisis keyakinan walaupun sudah lebih 50 tahun berbakti kepada rakyat khususnya orang Melayu.Menoleh ke belakang, ketiga-tiga mereka sudah amat dikenali. Mereka bukan muka baru dalam dunia politik walaupun berlatarbelakang yang berbeza satu sama lain.Apabila Mukhriz mengumumkan untuk mengisi kerusi yang bakal dikosongkan Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein, banyak pihak melihat kemampuannya bergantung kepada legasi bapanya Tun Dr Mahathir Mohamad. KLIK PADA TAJUK UNTUK LAPORAN LANJUT.-24/3/2009

1 comment:

Anonymous said...

bro lantang tapi kalau tin kosong sapa nak. plus masuk shortcut sbb pak mentua sapa la nak dia. tapi klau dia bayar rasuah utk vote dia lepas bleh bertanding dan menang apa nak buat? ingat dulu dia beri sms dia kat newspaper pasala rasuah undi. macamlah dia baik. semua org tau tapi si ab tu in power so buat pentadbiran negara macam dia run keluarga dia. at cost of kedaulatan negara. done by him and kj. imagine scomi issue?

banyak lagi.

he is a liability