Sunday, March 22, 2009

Perhimpunan UMNO: Mahyuddin, Zahid Hamidi, Khalid Nordin, Khir Toyo, Shahrizat ???



Akhirnya masa yang dinantikan oleh warga UMNO tiba juga disebalik kekecohan politik wang, lobi melobi dan usaha terakhir meruntuhkan kewibawaan Najib. Perhimpunan Agung UMNO kali ini amat penting kerana ia menyaksikan peralihan kuasa daripada Abdullah Badawi kepada Najib Tun Razak dan ketika ini UMNO berada dikedudukan yang amat lemah serta dicabar dari pelbagai sudut. UMNO/ BN kehilangan 4 negeri, sokongan dari gulungan muda dan bukan Melayu merudum, krisis ekonomi/kewangan global kini menghantui Negara dan pelbagai penyakit sosial membunuh masyarakat madani yang diimpikan.

..
Sebagai nakhoda Najib akan bertanggung jawab sepenuhnya bagi memastikan UMNO kembali menjadi parti yang kuat, berwawasan dan menjadi pilihan rakyat. Dia bertanggung jawab bagi memulihkan imej UMNO serta memastikan musuh2 UMNO dapat ditewaskan didalam pertempuran maya mahupun secara berdepan.

..
Bagi memastikan usaha memulihkan UMNO berkesan Najib memerlukan pasukan yang mantap, kuat berkerja dan diterima oleh rakyat. Maka disinilah pertandingan jawatan kanan UMNO menjadi satu perhitungan yang amat penting. Buat kali pertama semua jawatan selain Presiden dipertandingkan dan menyaksikan saingan yang sengit. Sekarang terpulanglah kepada perwakilan untuk menunaikan tanggung jawab dengan penuh keinsafan, jujur dan ikhlas bagi memastikan mereka yang terpilih nanti dapat kembalikan UMNO kelandasan yang betul, serta berkorban demi Agama, bangsa dan Negara. Mereka yang mementingkan diri, terlibat politik wang, tiada pegangan agama yang kukuh, tidak berilmu serta berwawasan hendaklah diketepikan. Pemimpin elite yang tidak suka turun padang bersama rakyat dan mengamalkan gaya hidup yang mewah tanpa sempadan serta ashik kayakan diri hendaklah ditolak. Perwakilan hendaklah jujur pada diri sendiri dan dalam perjuangan, pastikan pilihan kali ini mercerminkan kewarasan dan kebijaksanaa yang tinggi demi survival UMNO.

..
Bersandarkan keinsafan dan kebijaksanaan perwakilan, bolehkah Muhyiddin Yassin menjadi Timbalan Presiden? Beliau merupakan pemimpin yang berilmu, berpengalaman, kuat berkerja dan berani menyatakan pendirian dalam isu utama. Bagi Naib Presiden perwakilan mempunyai pilihan yang ramai, dapatkah yang terbaik diantara mereka dipilih bagi menjadi penggerak wawasan serta pelapis. Bolehkan Zahid Hamidi, Shafie Apdal serta Khaled Nordin kita bariskan sebagai panglima panglima perang UMNO untuk memastikan segala perancangan dan strategi dapat dilaksanakan dengan baik dan jaya. Antara Khir Toyo, Mukhriz dan Khairy siapakah yang paling layak menjadi ketua pasukan gempur bagi memenangi hati gulungan muda serta barisan hadapan dalam gerak kerja. Bagaimana dengan sayap Wanita adakah Rafidah masih diperlukan atau Shahrizat lebih efektif dalam memastikan perubahan .

..
Sebenarnya semua perwakilan yang ikhlas dan jujur dapat menilai pemimpin yang bertanding dan memilih yang terbaik. Pastikan yang terbaik kali ini bukan untuk diri sendiri tetapi untuk Parti, AGAMA, bangsa dan Negara. Selamat bersidang untuk warga UMNO.

3 comments:

Anonymous said...

Pastikan yang terbaik kali ini bukan untuk diri sendiri tetapi untuk Parti, AGAMA, bangsa dan Negara. NOTTT! SHOW ME THE MONEY! SHOW ME THE MONEY!!!!!!!!!!!

Anonymous said...

Salam DJ,
Saya bukan ahloi UMNO dan tentunya tidak layak menentukan calon yang akan dipilih. Tetapi saya juga ada pilihan sendiri yang saya mahu terpilih. TP dan NP seperti yang Dato' sebut tu ok je rasa saya.
Untuk Ketua Pemuda saya rasa Mukriz ada sedikit kelebihan dan bagi Ketua Wanita, biarlah Sharizat pula ambil alih.

jaflam said...

Salam Zabs,
Mungkin Mukriz dan Shahrizat boleh bawa pembaharuan kepada Pemuda dan Wanita yang agak kurang berkesan sekarang.

Harap tahun ini perwakilan tidak lagi mengundi berdasarkan wang dan janji manis.