Sunday, March 8, 2009

PPSMI: Hishammuddin & Bahasa Melayu


Demo yag tidak perlu ... jika Hisham peka dan pro aktif

Gerakan Memansuhkan PPSMI ( GMP ) telah memaklumkan dengan jelas akan pendirian dan rasional mereka dalam memperjuangkan pemansuhan PPMSI. Akibat kedegilan Menteri Pelajaran membuka mata dan hati dalam isu ini maka ia sekarang menjadi isu utama Negara dan bertukar menjadi isu politik. Memang Hishammuddin berkata ia memberi ruang untuk semua memberi pandangan, tetapi hakikatnya dia tidak pernah mendengar pandangan mereka yang tidak sealiran dengannya. Majoriti rakyat Negara ini sekarang menentang PPSMI, ini termasuk gulungan guru, pensyarah dan murid murid, terutama diluar bandar. Banyak kajian yang telah menunjukkan kegaggalan PPMSI tetapi dipinggirkan kerana sikap sombong tidak mahu mengaku kesalahan sistem yang dijalankan. Masih tidak mahu menerima bahawa masallah percakapan dan tulisan Inggeris tidak harus ditangani dengan memaksa murid murid mempelajari matematik dan sains dalam bahasa Inggeris. Masallah yang mudah tidak dapat ditangani hingga menjadi isu utama Negara kerana sikap bodoh sombong pemimpin.


Buta ke mata mereka ini yang Negara seperti Jepun,Korea,China, Russia, Peranchis dan Jerman menjadi Negara maju teknologi tanpa korbankan bahasa mereka. Bahawa anak anak kita yang dihantar ke Jepun dan Jerman berjaya pulang dengan ijazah masing masing tanpa perlu belajar bahasa tersebut di sekolah rendah dan menengah. Mereka hanya melalui kursus persiapan bahasa sebelum kesana dan balik dengan ijazah. Mereka belajar disana dalam bahasa Jerman dan Jepun.


Nampaknya Hishammuddin dan UMNO masih tidak belajar daripada penolakkan Rakyat terhadap mereka di lima negeri dalam pilihan raya ke 12. Mereka masih ego dan berfikiran kolonial yang telah jumut dalam memperjuangkan Bahasa , Agama dan Bangsa. Mereka masih bangga dengan bahasa Inggeris walaupun peneraju bahasa tersebut seperti United Kingdom, Amerika dan Australia kini bergelut mempertahankan ekonomi dan budaya mereka yang kian pupus. Mereka tidak lagi menjadi “role model” kepada kemajuan ekonomi dan masyarakat budaya tinggi dunia.


Dalam mana peniaga peniaga di Mekah dan Madinah bangga menggunakan bahasa Melayu bila berurusan dengan rakyat Malaysia dan nusantara kita masih tidak yakin dengan bahasa sendiri. Yang terbaru bila saya berurusan dengan dengan peniaga di pasar Behn Thann, Saigon mereka menggunakan bahasa Melayu apabila mengetahui saya dari Malaysia. Apa dah jadi pada UMNO yang sepatutnya memperjuangkan Agama, Bangsa dan Bahasa Melayu? Mungkin mereka akan hanya tersedar setelah ditalkinkan dalam PRU 13 nanti, akibat gaggal memperjuangkan matlamat sebenar parti dan menjaga kepentingan diri lebih daripada kepentingan bangsa dan Negara.

8 comments:

Anonymous said...

salam bro,
are we talking abt hishamuddin husin here? if so ...mana nak peka tu ...lagi la dari sebsar darjah 3 dah masuk public school.educated abroad je macam si nazir razak.
anak si hisham tu pegi antar belajar kat luar negara. masa kat sini masuk private school. sekolah kerajaan tak bagus sebab tundi hantar anaknya ke luar negara.

wonder who pick up the tab?
btw dont be surprise lah ye...

jaflam said...

Susah bila Menteri Pelajaran sendiri tidak yakin dengan sistem dan keupayaan sekolah dalam negara. Yang ketara banyak masallah sekolah dan pelajaran tidak dapat diselesaikan dengan sempurna : buli/gangster, beg berat, kelas yang sesak, bilek darjah tidak cukup, exam oriented system dll.

Tidak ada yang dapat dibanggakan dari menteri ini. Saya harap dia tidak terpilih menjadi naib presiden UMNO pada pemilihan akan datang, supaya tidak menjadi beban kepada parti.

Anonymous said...

mereka ni naik guna nama keluarga. tapi lack of calibre. The best eg of somebody daughter or son who were all the time being spoon fed and silver platter all their life. Find express way up and became a bigshot minister at a young age , a careered polician, yet they are lacking of expereince to attend to the needs of public at large. Hidup kalau dah senang saja mana nak faham kesusahan on the street. In fact their life is so sheltered they don't even know the expenditure and struggles of people daily. This is the current issues that is rampant with all politician in uk, msia, dubai, india etc..

Life is too easy for him until he cannot have the basic understanding of people.
this also applies to dap dan sekutunya. Sapa ada kes kat court memang pasti kalah , pi jumpa siputar belit kapalsinga tu..tak de duit geran tanah pun di ambil.Tapi jangan harap dia nak memutarkan dengan percuma.Fee dia bukan 5,6, ribu ringgit.ratus ribu puluh ribu.. jangan ingat mereka ni ikhlas nak tolong rakyat ...sudah.. sekarang dia pun sudah jadi hartawan..
begitu dgn yang selalu buat keluar paper pasal issues berkaitan. kalau rasa tak kuat publisity tak payah pursue..

Anonymous said...

Bro, naik kj dibawa naik musang dari kelantan amok yang mengamuk membaham dan menyapusegala.. ni semua ni berhasrat tinggi...jpm, mof semua nya nak jadi menteri apa..
i remember someone commented abt david camer0n dan tory party .They are full of et0nian establishment the party was conduct more like a old boys club, which is more posh than ever. they lack of the reality and understanding of the current problem surfaced and bugging people on the street. all in all old boys establishement and public school and private school is a priviledge. they have no basic understanding of any root of the issues. esp they rely on the adviser and quangos to do the empirical study and research etc.

they should not be elected to run the country bodies or organisation and be a leader. UNIVERSAL WORLD ISSUES..

cakapaje said...

Salam Jaflam,

Maaf, lama tak menyinggah. Namun, saya amat bersetuju dengan ayat "Mereka masih ego dan berfikiran kolonial yang telah jumut dalam memperjuangkan Bahasa".

Mereka, dan ramai lagi lupa, isu sebenarnya merupakan Bahasa ibunda yang diketepikan demi mencapai satu impian yang masih pudar kepada orangramai. Pada saya, jika BI perlu dipelajari, maka tumpu sahaja pada bahasa itu tanpa mengorbankan pelajaran lain di mana ramai anak anak kini kebingungan. Malah, mutu keputusan pelajaran kini amat merosot tanpa disedari ibubapa. Ini terjadi kerana ramai tertipu dengan 'grades' yang diraih. Walhal, markah untuk grades itu telah diturunkan dengan ketara sekali. Misalan, di zaman saya, untuk keputusan SPM, markah 98 diperlukan untuk meraih A1 Distinction, manakala 95 pula untuk A2. Tapi kini, markah 70 sudah mencukupi untuk meraih A2. Markah kelulusan? Ada pegawai pendidikan sendiri yang menyatakan bahawa ianya boleh diturunkan serendah 28. Maka, di mana kualiti dan kredibiliti sistem pembelajaran dalam BI ini?

Sedih. Rakyat ditipu berkali kali dalam hal yang amat penting ini.

jaflam said...

Salam Shah,
Terima kasih atas pandangan dan semoga pemimpin yang tidak peka kepada perjuangan mempertahankan bahasa dan bangsa akan ditolak oleh masyarakat dan parti mereka sendiri.

Hishammuddin merupakan liabiliti kepada bangsa dan negara.

asuhara sue said...

ya, waktu saya ke Ho Chi Min juga alami pengalaman serupa, bila mana mereka mengetahui kami dari malaysia (berdasarkan cara pemakaian tudung kami) serta-merta saja mereka bertukar ke bahasa melayu, biarpun sepatah2 (walaupun mungkin itu stratergi pemasaran!)sekurang2nya mereka menghormati kita melalui bahasa kita.

bila saya melawat ke jepun, saya jadi terpukul kerana sebelum ini saya begitu berusaha menggunakan BI untuk menerangkan perkara yang tidak mereka fahami, biarpun seperti ayam dan itik. akhirnya biarpun masih ayam dan itik, tapi saya berbahasa melayu.tiba2 semangat melayu lebih jitu di bumi sakura biarpun cuma seminggu dua.

dari amatan saya, bahasa hanyalah salah- satu alat. yang penting adalah kefahaman mendalami sesuatu ilmu.kalau tidak masakan orang2 jepun itu boleh membaca buku teknikal dengan santainya seperti membaca komik!

kadang2 saya sudah tidak percaya yang pemimpin kita pilihan rakyat. entah kemana hilangnya darah pemimpin2 yang mengisi urat mereka itu, yang mereka katakan merekalah kesinambungan perjuangan lalu.

moga suara halus kita ini akan mendapat perhatian akhirnya. moga waktu itu anak cucu kita belum lagi kehilangan bahasa jati diri.

jaflam said...

Slm asuHara sU,
Saya pun baru mengambil lima engineer lulusan Jerman. Mereka belajar dalam bahasa Jerman dan berjaya. Kini menunjukkan prestasi dan semangat kerja yang baik bersama graduan tempatan daripada UTM dan UTP. Yang penting kita menjadi pemimpin dan role model yang baik kepada mereka.

Kalau pemimpin tidak bangga dan sayang kepada bahasa sendiri maka pupuslah bangsa tersebut. Setelah menjelajah hampir seluruh dunia dan berinteraksi dengan masyarakat global saya dapati bangsa Melayu adalah salah satu bangsa yang teramat tinggi budi bahasa dan adat resamnya. Malang kalau kita korbankan ini semua atas nama sains dan teknologi.